CALON PAS DUN KERDAU : "Saya mengaku kalah...., saya juga menyeru agar tuan-tuan berilah sokongan kepada calon UMNO BN itu"

sumber : pahang-ku.blogspot.com

" Saya mengaku kalah...., saya juga menyeru agar tuan-tuan berilah sokongan kepada calon UMNO BN itu"

Petang semalam TPM, TS Muhyiddin Yassin telah mengumumkan calon UMNO BN yang terpilih bagi mengisi kerusi DUN Kerdau dalam PRK yang akan diadakan nanti ialah Syed Ibrahim Syed Ahmad. Menurut blogger Braveheart di blognya (klik sini), calon yang juga sahabatnya adalah calon yang 'unbeatable' bagi kerusi DUN Kerdau ini, hatta oleh Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri.

Justeru, beliau mencadangkan supaya Pas melepaskan kerusi ini untuk ditandingi oleh PKR atau membiarkan UMNO BN menang tanpa bertanding supaya PRK ini tidak akan membazirkan wang parti Pas yang terpaksa dikumpul melalui derma seperti yang dimaklumkan disebuah laman blog Pas ' Selamatkan (Pas) Pahang'.

Hari ini Pas dijadualkan akan mengumumkan calonnya bagi PRK DUN Kerdau ini. Banyak pihak meramalkan bahawa dalam sidang akhbar nanti pengumuman yang akan dibuat oleh Pas adalah seperti berikut: "...kami Pas negeri Pahang, dengan ini mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRK DUN Kerdau....."

Jika inilah yang akan Pas lakukan, mereka memang ahli politik yang bijak kerana dapat menghindari dari kekalahan bersiri yang sangat memalukan mereka sebagai petunjuk bahawa sokongan rakyat kepada mereka makin berkurangan sebaliknya sokongan terhadap UMNO BN semakin bertambah akibat dari gelombang 'merah' yang melanda.

Post a Comment