Debat Anwar dan Ummi di Kerdau!! Terbaik!!

Anwar telah dilondeh dan dibogelkan semalam dihadapan penyokong-penyokongnya.. kah kah kah..

Saat yang ditunggu oleh Ummi berdepan dengan Anwar tercapai,ceramah Ummi Hafilda di Felcra Rumpun Makmur ,Kampung Sekoh disebelah markas AMK berhampiran dengan ceramah Anwar ternyata memanaskan PRK Kerdau dengan kehadiran hampir 3 ribu orang .



Setelah hampir setengah jam Ummi berucap,Anwar Mat King Leather tiba disambut oleh khawarij khawarij yang rata ratanya dari luar.

Ummi yang berceramah secara santai menceritakan hal yang sebenar siapakah Anwar Ibrahim,Azmin Ali dan Syamsidar. Kelompok orang ramai yang berada di hadapan ceramah Anwar lebih tertumpu kepada ucapan Ummi sesekali memaling kearah ucapan Ummi.

Walaupun ketika itu dihadapan penyokong pakatan Anwar sedang berceramah,namun tumpuan mereka lebih kepada ceramah Ummi. Anwar kelihatan gugup,belum pun apa apa Anwar terus masuk gear lima terpekik terlolong .

Ummi turut mendedahkan antara kalangan PAS, Mat Sabu adalah salah seorang yang merayu agar Ummi mendedahkan kerja jahat Anwar hingga gelaran Al juburi diberikan oleh Mat Sabu kepada Anwar.

Kerdau tidak ada kena mengena dengan Tunisia atau pun Mesir tetapi seperti biasa Anwar cuba berbohong dan memperbodohkan dengan kencingnya,kemudian Anwar mula bercakap soal rasuah,kemudian disambut oleh Ummi " Anwar adalah bapak segala rasuah dinegara ini"

Kemudian Ummi menjerit "Wahai Anwar dengan orang kampung kamu boleh temberang,cukuplah dengan segala pembohongan kamu" Anwar bagaikan dilempang hinggakan ceramahnya beberapa kali kelihatan amat gugup.

Ummi turut menyebut nama nama ahli keluarga Anwar yang menjadi kaya raya kerana amalan rasuah dan kronisme membuatkan Anwar gugup dan tidak mampu untuk membalas kata kata Ummi.

Anwar tidak mampu berhadapan dengan Ummi, terus cabut lari selepas ucapan beliau yang tidak sampai setengah jam mengundang kekecewaan ramai penyokong khawarij hingga ada yang menyindir buang masa datang dari jauh kalau setakat nak bawak cerita basi.

Cilok dari Pisau.Net

PAS KERDAU HALAU 'ANU'

sumber Gelombang Rakyat


Gambar di atas dirakam oleh salah seorang pengunjung Twitter dari PAS yang amat berminat untuk mengetahui perkembangan atau momentum PAS di yang berhadapan dengan BN di DUN tersebut. Wall terakhir yang sempat dibaca ini telah membuktikan bahawa sememangnya Anwar ditolak oleh PAS Kerdau yang dikatakan memberi liabiliti terhadap parti. PAS seolah2 tidak dapat menerima kekalahan2 lepas yang disifatkan mereka berpunca dari kes Liwat Anwar Ibrahim yang semakin jelas mengiyakan tuduhan terhadap beliau. Malah, PKR juga tidak membantu secara total bagi memastikan kemenangan PAS di Kerdau. Komplot Anwar yang turut terlibat dalam menyerang fitnah ke atas calon BN, Syed Ibrahim berkenaan isu Sijil Ijazah Palsu turut menjadi punca kebencian mereka terhadap Anwar.

Edisi Pendedahan : Patutla PAS kuat 'TUT'


Sama ada korang perasan atau tidak, jika korang pergi dengar ceramah PAS di mana saja seluruh negara tidak kira sewaktu berlangsungnya pilihanraya kecil atau tidak, PAStinya ada dicelah-celah peniaga kacang kuda dan air, baju PAS serta barang propaganda PAS peniaga ubat kuat 'ANU'. Pelbagai jenis dan cara peniaga ini mempromosikan ubat 'PENGERAS' ini tanpa diketahui mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan untuk mengamalkan. Kesannya jangka panjang juga turut tidak diketahui, yang tahu adalah untuk mendapatkan kepuasan sementara.

Ada juga peniaga yang mempamerkan objek dan 'gambar ANU' bagi membuktikan ubat mereka ini berkesan. Tanpa berselindung dan boleh dilihat siapa saja yang berjalan lalu-lalang. Dan dipercayai ramai Penganut PAS merupakan pengamal ubat ini. Sebabnya kebanyakkan dari mereka mahukan kepuasan kepada isteri-isteri mereka. Tidak hairanlah PAS ni kebanyakkannya beristeri lebih dari satu. Dikhabarkan juga Yuhaizad calon PAS juga mempunyai isteri lebih dari satu...erm...

Kerdau : SAH!! DAPig dan PAS memang tak sebulu!!

sumber Info Corner : Pengerusi DAP Pahang Boikot PRK Kerdau..? Sudah Terbang Bercuti Ke Chiengmai Untuk 2 Minggu...!!!

Menurut berita yang disampaikan ke pengetahuan kami, Pengerusi DAP Pahang yang juga wakil rakyat, ADUN Triang Yb Leong Ngah Ngah sudah yakin bahawa calon RECYCLE dari PAS untuk bertanding PRK DUN Kerdau merupakan liability kepada DAP...!!

Untuk tidak membuang masa dan wang ringgit, mungkin itulah sebabnya Leong Ngah Ngah memilih untuk tidak berada dalam kawasan ini dan negeri Pahang sewaktu sedang berlangsungnya kempen PRK DUN Kerdau.

Destinasi luar negara yang menjadi pilihan Leong Ngah Ngah pula menimbulkan persepsi yang tidak elok.., Cheingmai adalah kota untuk bersuka ria..!! Mens Heaven..!!! Tambahan pula, tempoh lawatan selama 2 minggu agak lama....
Kesian sungguh PAS..!! Pada hari penamaan calon, ramai ahli ahli PAS jadi pencacai tukang basuh berak Lim Kit Siang apabila sanggup menjunjung bendera DAP.., tetapi hakikatnya sekarang ini, pimpinan DAP di Pahang sendiri tak mahu buang masa membantu calon RECYLCLE PAS Hasanuddin untuk berkempen..!!

GEMPAR!!! CALON PAS KERDAU TARIK DIRI, memberikan kemenangan kepada BN!!



Video jelas menunjukkan Hassanuddin Salim, calon PAS turut hadir di satu majlis UMNO dan mengaminkan doa yang dibaca calon BN, Syed Ibrahim. Calon PAS ini yang dilihat berseorangan tanpa penyokong lain telah dilihat memberikan sokongan sepenuhnya terhadap calon BN, Ustaz Syed Ibrahim. 

Tak sangka kerana selama ini, parti PAS sering kali menghina parti UMNO dan menuduh UMNO sebagai kafir tetapi kehadiran calon PAS yang juga mengaminkan doa Ustaz Syed Ibrahim, calon BN ternyata telah memalukan keseluruhan kepimpinan PAS!

sumber dipetik dari MIM

RAKYAT MERLIMAU & KERDAU : Jangan UNDI PAS!! PAS Gagal memimpin!!


Bila kita menulis hatta memperkatakan bahawa PAS ini gagal memimpin dan PAS cuma kuda tunggangan DAP dan PKR, PAStinya puak khawarij PAS akan marah. Kata mereka, bagi dulu kuasa memimpin negara, baru tahu. Dan tak kurang juga yang menyalak bahawa merekalah pejuang Islam yang sebenarnya.

Bila dipersoalkan bahawa adakah UMNO tidak memperjuangkan Islam, maka puak Khawarij PAS akan menjawab, UMNO itu rasuah, UMNO tolak Islam. Tapi bila ditanya dimana yang menunjukkan UMNO itu tolak Islam, maka mereka menjawab hub hiburan, arak dihalalkan dan judi berleluasa kini. Ini semua hasil UMNO. Tapi siapa yang bina masjid? PAS? Nak bina pagar masjid pun ambil masa 10 tahun.

Tapi yang menghairankan adalah, PAS yang dilaungkan dipimpin oleh ularMAK di bawah Dewan UlarMAK yang datang dari semak seluruh negara umpama tiada pedoman selain mahukan kuasa. Sedarkah mereka yang berkata-kata bahwa merekalah Islam sebenar ini atau tidak terlampau untuk aku katakan butakah hati mereka dari riwayat hadis ada mengatakan bahawa setiap umat itu ada cabarannya, dan cabaran bagi umatKu adalah RASUAH. Rasuah itu bukan masalah UMNO, tapi masalah umat manusia.

Mengapa aku memperkatakan bahawa jangan memberi undi pada PAS. PAS gagal memimpin adalah kerana di dalam Pakatan Rakyat yang memimpin adalah sapa? AnuWAR. Kaki pusing dan raja liwat yang bukan sahaja bijak membaca hadis bahkan juga bijak memutar belit apa saja untuk dapatkan kuasa. Jika benar PAS itu Islam maka PAS sepatutnya memimpin Pakatan Rakyat tanpa memberikan ruang kepada DAP yang semakin berani bertindak. PAS kini hanya pencaci yang mencuci najis DAP. Contoh yang terang dan nyata, PAS bangga bila DAP mempersendakan hadis dan PAS sanggup doakan kafir DAP.
PAS GAGAL MEMIMPIN!!
KALAU PAS TAKBIR KUAT MANAPUN, TAPI TAK MEMIMPIN PAKATAN RAKYAT BUAT APA?
BAGAIMANA PAS AKAN MEWUJUDKAN NEGARA ISLAM DAN LAKSANAKAN HUDUD?
RAKYAT KERDAU DAN MERLIMAU HARUS TOLAK PAS!!

PAS JUARA FITNAH : Nah bukti Ijazah Ustaz Syed Ibra'

Sumber Medan Info Kita

Untuk bacaan yang lebih jelas, sila double click pada imej diatas untuk kesemua imej yang disiarkan.

PAS semakin terdesak! Politik kotor murahan juak juak murahan PAS cuba memfitnah cerita kununnya calon UMNO-BN bukan lulusan Universiti Al-Azhar terbukti sia sia... Kini dipamerkan sijil sjil milik Ustaz Syed Ibra’. Anda nilaikan sendiri....

Lihat anak panah, sijil yang diakui sah oleh pihak yang mengeluarkannya di Mesir..!!

Ikuti Maklumat Terkini PRK DUN Merlimau & Kerdau di Merpati Online


Dapatkan info terkini PRK DUN Merlimau dan Kerdau di ruangan Chat Radio Merpati Online. Radio ini boleh didengari melalui laman web http://merpati.listen2myradio.com / di blog aku sendiri ohpolitik / blog Pilihanraya Kecil Malaysia / blog unitmediasiber.

PAS mula Fitnah Calon BN Kerdau : Kata BN, PAS yang lebey!!

PAS mula fitnah lagi....Apakah Pas dah takdak modal lain? Bila ada calon BN yang mempunyai keputusan akademik yang agak cemerlang, puak-puak ni pasti akan kata sijilnya palsu. Sama macam P.Kamal kena di Hulu Selangor dulu, cerita yang sama jugak puak-puak ni buat.


Persoalannya adakah ini ajaran Islam sebenarnya? Dan adakah PAS benar tiada cacat celanya? Jom kita tanya Wali Selipar pula, mana buktinya sijil atau ijazah yang diterima Wali ini dari Universiti Al-Azhar. Jurusan apa? Penah korang tengok hitam putihnya? Dari mana Wali ini mendapat gelaran Tok Guru? Di mana tempat mengajarnya? Siapakah murid atau pelajarnya?




Sorang lagi PAS juga, boleh tahan terkenalnya, persoalannya adakah dia habis belajar di Mesir? Siapa dia? Salahuddin Ayobla gerangannya.


Lagi best..sorang lagi, korang tanyala dia sendiri belajar takat darjah berapa? Tapi cakap macam orang yang ada PhD. Kalah yang bertaraf profesor. Meh aku perkenalkan Mahfuz Omar atau MrBean PAS. 




GHOSTWRITERZ
 
'mengata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih!

PRK DUN KERDAU : PAS hilang akal dengan mengatakan Calon BN dulu Cenderung kepada PAS

Dari blog Warta Rasmi Laman Reformasi ada membuat posting pendek yang bunyinya seperti anjing yang tersepit seperti di bawah:



"BELIAU PERNAH DIKATAKAN CONDONG KEPADA PAS SUATU KETIKA DAHULU ..NAMUN TELAH DI TARIK MENJADI PENASIHAT AGAMA MB"


Oleh kerana peribadi calon BN ini memang cukup lengkap dan tiada cacat cela, maka isu ini ditimbulkan. Bunyi macam ayat penyedap hati dan hakikatnya Pakatan Rakyat terpaksa akui bahawa DUN Kerdau merupakan milik BN.


Namun begitu, kita juga perlu tahu siapakah yang bakal dikambing hitamkan oleh PAS dalam menggalas tugas berat berhadapan Syed Ibrahim.


HANCUR PAS!
HANCUR PATAN RAKYAT!
BN ITU PEMBELA NASIB RAKYAT!

CALON PAS DUN KERDAU : "Saya mengaku kalah...., saya juga menyeru agar tuan-tuan berilah sokongan kepada calon UMNO BN itu"

sumber : pahang-ku.blogspot.com

" Saya mengaku kalah...., saya juga menyeru agar tuan-tuan berilah sokongan kepada calon UMNO BN itu"

Petang semalam TPM, TS Muhyiddin Yassin telah mengumumkan calon UMNO BN yang terpilih bagi mengisi kerusi DUN Kerdau dalam PRK yang akan diadakan nanti ialah Syed Ibrahim Syed Ahmad. Menurut blogger Braveheart di blognya (klik sini), calon yang juga sahabatnya adalah calon yang 'unbeatable' bagi kerusi DUN Kerdau ini, hatta oleh Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri.

Justeru, beliau mencadangkan supaya Pas melepaskan kerusi ini untuk ditandingi oleh PKR atau membiarkan UMNO BN menang tanpa bertanding supaya PRK ini tidak akan membazirkan wang parti Pas yang terpaksa dikumpul melalui derma seperti yang dimaklumkan disebuah laman blog Pas ' Selamatkan (Pas) Pahang'.

Hari ini Pas dijadualkan akan mengumumkan calonnya bagi PRK DUN Kerdau ini. Banyak pihak meramalkan bahawa dalam sidang akhbar nanti pengumuman yang akan dibuat oleh Pas adalah seperti berikut: "...kami Pas negeri Pahang, dengan ini mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRK DUN Kerdau....."

Jika inilah yang akan Pas lakukan, mereka memang ahli politik yang bijak kerana dapat menghindari dari kekalahan bersiri yang sangat memalukan mereka sebagai petunjuk bahawa sokongan rakyat kepada mereka makin berkurangan sebaliknya sokongan terhadap UMNO BN semakin bertambah akibat dari gelombang 'merah' yang melanda.

DUN Kerdau: PAS Terkencing Bila BN Calonkan Syed Ibrahim


Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad calon Barisan Nasional untuk Pilihran Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau, Pahang, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Temerloh, Pahang hari ini.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Feb lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Februari ini.

Siapa Syed Ibrahim atau Syed Ibra? Jom kita berkenalan dengan beliau.




Syed Ibrahim atau Syed Ibra seperti yang digelarkan oleh saudara mara dan rakan terdekat, baru pulang dari Mesir. Dia mempunyai kelulusan dalam bahasa dan sastera Arab dan diberitahu, beliau tinggal di Mesir agak lama untuk menghabiskan pembelajarannya. Jadi penguasaannya keatas bahasa Arab sangat tinggi atau superb. Mungkin penguasaan bahasa Arab yang tinggi ini lah yang membolehkan Syed Ibra mengikuti kelas kelas pengajaran dan bimbingan ugama secara dekat daripada sheikh2 di Mesir.

Dan si Syed Ibra ini belajar agama secara bertalakki. Cara bertalakki orang Arab difahamkan anak murid duduk seolah olah nya berlaga lutut dengan tuan guru untuk mendapat ilmu dari tok guru. Tempoh yang agak lama di Mesir di gunakan oleh Syed IBra untuk mendalami bidang agama.

Dan berdakwah merupakan kegemaran Syed Ibra. Semasa membantu dalam melakukan siri ceramah di daerah Pekan, Tuan Syed ini menyampaikan mesej agama kepada para pendengar. Dan Syed Ibra mempunyai cara yang unik dalam penyampaian. Suara nya yang garau dan kepetahan serta kelancaran mengupas dan menghuraikan masaalah keagamaan menarik minat semua yang mendengar termasuk lah pengikut parti PAS.


- Posted using BlogPress from my iPad

Tuan Ibrahim calon PAS di Kerdau?


PAS akan memuktamadkan calonnya yang bakal bertanding di kerusi Kerdau Selasa ini selepas tiga nama diperakui oleh Dewan Harian parti itu hari ini, kata Naib Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) hari ini. “PAS Pahang telah mengangkat tiga nama pada hari ini di mana Dewan Harian telah memperakui ketiga-tiga nama itu. Keputusan akhir akan dicapai pada mesyuarat jawatankuasa kerja pusat Selasa ini,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mengumumkan calon di Kerdau, Khamis ini.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang enggan berkongsi nama calon-calon yang diperakui oleh Dewan Harian pada mesyuarat hari ini.

Salah satu daripada tiga nama yang dipertimbangkan itu termasukla hTuan Ibrahim sendiri selaku Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Krau.

Sumber memberitahu kemungkinan PAS akan menurunkan beliau di Kerdau kali ini atas popularitinya di kawasan tersebut dan di Pahang.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan itu, Tuan Ibrahim memberitahu, “biar jawatankuasa pusat yang putuskan perkara itu dan nama calon akan diumumkan 24 Februari ini.”

Difahamkan ketiga-tiga nama yang diperakui hari ini merupakan anak tempatan kawasan Kuala Krau.
Pada 8 Mac 2008, Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN Jengka.

Mesyuarat Dewan Harian PAS hari ini juga memutuskan untuk melantik Pengarah Pilihan Rayan PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman sebagai pengarah jawatankuasa induk pilihan raya kerusi DUN Merlimau.
Sebelum ini PAS melantik Tuan Ibrahim sebagai pengarahnya.

“Ada pertukaran, saya akan mengetuai jawatankuasa induk pilihan raya kecil Kerdau, Datuk Abdul Halim akan menjadi pengarah pilihan raya kecil Merlimau,” katanya lagi.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac sebagai tarikh pengundian manakala penamaan calon pada Sabtu ini.

Dalam pada itu, laporan Bernama memetik Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon Barisan Nasional (BN), Selasa ini.

“Empat nama calon berkelayakan telah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipilih bertanding, siapa saja yang dipilih akan diterima dan jentera BN akan memastikan kemenangannya,” kata Adnan.

Kata beliau, kerajaan negeri pimpinan BN akan menunaikan segala janji pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri Kerdau yang telah dibuat bekas wakil rakyat kawasan itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneliti projek pembangunan yang dijanjikan sebelum ini mengikut keutamaan dan kepentingan rakyat.

“Kerajaan Barisan Nasional tidak berjanji kosong, setiap janji-janji itu kita akan tetap laksanakan untuk kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan jentera pilihan raya kecil BN untuk pilihan raya kecil DUN Kerdau hari ini.

Adnan berkata, semua isu setempat di kawasan berkenaan juga akan diselesaikan secepat mungkin.
“Setakat ini tiada isu besar di Kerdau melainkan isu-isu berkaitan hak milik tanah dan berkaitan tanah, isu untuk mempertingkat kemudahan jalan raya dan bekalan air,” katanya.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN pada pilihan raya kecil itu berkata, semua jentera pilihan raya BN kini bersiap sepenuhnya.

“Kita akan mengambil pendekatan bersemuka dan menemui pengundi bagi mengetahui masalah mereka dan setiap masalah mereka kita akan atasi,” katanya.