ADUN PELABUHAN KLANG KEKAL : Khalid Gagap Gagal lagi!!

pix_gal0
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah (atas), semalam berpeluang menyertai pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-12.

Beliau kelihatan riang bersalaman dengan wartawan dan ADUN lain ketika majlis pembukaan yang disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim memberitahu sidang media selepas majlis pembukaan itu bahawa Badrul Hisham dibenarkan hadir pada majlis itu setelah peguam ADUN berkenaan menyerahkan perintah mahkamah yang menyatakan bahawa beliau masih lagi wakil rakyat Pelabuhan Klang.



Teng berkata, beliau menerima perintah mahkamah itu minggu lalu selepas memberitahu satu sidang media pada 22 Mac lalu bahawa beliau belum menerima perintah mahkamah yang mengekalkan Badrul Hisham sebagai ADUN Pelabuhan Klang pada 18 Februari lalu.

Kontroversi berkenaan berlaku selepas Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong pada 16 Januari lalu kerana mendakwa Badrul Hisham gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Teng turut ditanya sama ada semua ahli dewan hadir semalam, selepas beberapa kelibat ADUN seperti Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (BN-Sungai Panjang) dan Exco Selangor Ronnie Liu (DAP–Pandamaran) tidak kelihatan. 

“Saya tidak pasti saya belum tengok lagi daftar kehadiran,” katanya. – BERNAMA

Post a Comment