Sempena Pilihanraya Umum yang dah semakin dekat, aku bawakan ramalan Kerajaan Poknik di Kelantan. Adakah Poknik Ajis akan terus diberi kuasa oleh rakyat atau sebaliknya.
Sebenarnya kekuatan PAS kelantan hanya pada Poknik Ajis. Poknik Aziz seorang pemimpin yang disaluti oleh imej yang bersih, mesra rakyat dan rendah diri. Dengan bermodalkan agama, Paknik Ajis telah memasang strategi dengan menawan masjid, pondok, sekolah agama dan guru-guru agama seluruh Kelantan bagi membolehkannya untuk terus diberi mandat oleh rakyat. Tapi sampai bila?
Pondok dan sekolah agama dijadikan medan untuk 'melentur buluh dari rebungnya' dimana anak-anak muda dibentuk supaya menjadi generasi pelapis PAS.
Dengan cara soft touch yang dibawa PAS, PAS berjaya menutup kelemahan pimpinannya yang gagal memberikan air bersih, peluang pekerjaan dan pembangunan yang sepatutnya diterima rakyat negeri Kelantan.
Sebaliknya pula yang berlaku pada UMNO/BN di Kelantan. Kelemahan PAS dalam mentadbir Kelantan gagal dimanipulasi UMNO/BN untuk mencuri peluang bagi mendapatkan kepercayaan rakyat.
UMNO/BN di kebanyakkan di Kelantan berpecah belah, tidak bersatu. Strategi dalam menambah pengundi baru masih kurang. Namun terdapat kawasan seperti Parlimen Bachok, Jeli, Gua Musang, Machang dan Ketereh yang dijangka akan dikuasai UMNO/BN.
Ramalan aku, Poknik Ajis akan terus jadi MB di PRU13 ini. Namun Poknik dijangkakan akan kekurangan beberapa kerusi DUN dan Parlimen dek kelemahan wakil rakyat DUN dan Parlimen itu sendiri.
Ramalannya adalah seperti dibawah :
Parlimen yang akan dikuasai BN
- BACHOK
- KETEREH
- MACHANG
- JELI
- GUA MUSANG
- PENGKALAN KUBOR
- WAKAF BARU
- JELAWAT
- MELOR
- KOK LANAS
- GUAL IPOH
- GAAL
- KEMUNING
- BUKIT BUNGA
- AIR LANAS
- KUALA BALAH
- NENGGIRI
- PALOH
- GALAS
Selebihnya, PAS/Pakatan Rakyat akan menguasai 9 Parlimen dan 31 DUN
Post a Comment