Semalam GEMPAR dengan isu terbaru kononnya Video aksi seks Anugerah Tuhan dengan Amoi di sebuah Hotel. Rakaman hitam putih itu dipertontonkan dalam beberapa bahagaian, bermula dengan ahli politik berkenaan, seorang wanita yang bercirikan Asia Timur, dan seorang lelaki tidak dikenali di bilik hotel tersebut.
Bahagian kedua, yang dirakamkan dari pelbagai sudut, menunjukkan lelaki itu menerima seks oral daripada wanita berkenaan dan mengadakan hubungan seks dalam beberapa posisi.
Adegan seks berlarutan kira-kira 17 minit sebelum pemimpin politik menuju ke sebelah kanannya, dipercayai ke bilik air.
Wanita berkenaan, selepas membersihkan dirinya dengan kertas isu, menggeledah barang milik pemimpin politik itu dan mengambil sesuatu, dipercayai jam tangan Omega miliknya.
Dan sejurus selepas pendedahan video berkenaan, bekas banduan Penjara Sungai Buloh yang juga Ketua Umum KEADILAN, Anwar Berahim, hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi.
Anwar menegaskan di hadapan ramai pemberita bahawa dia berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan.
“Saya di rumah bersama (Wan Dr) Azizah (Ismail), anak-anak dan cucu selepas bermesyuarat dengan staf KEADILAN,” katanya.
Anwar juga mengesahkan pada ketika waktu dan tarikh video itu dirakam, dia mengaku sedang membalas twitter dengan para penyokongnya.
Anwar memberitahu pemberita dari pelbagai agensi bahawa imej video yang dipaparkan dalam klips itu sebagai “Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya,”
Sidang media khas itu diadakan di ibu pejabat KEADILAN, Damansara sejurus selepas berita video seks bersama amoi itu tersebar.
GHOSTWRITER
Persoalannya... Adakah ini merupakan strategi terakhir pemimpin pembangkang tersebut untuk mengalihkan perhatian terhadap kes beliau yang sedang meruncing sekarang. Apatah lagi apabila isu DNA dilihat seperti makan tuan.
Kalau betul video ini palsu, beliau akan menuduh pihak Kerajaan sengaja membuat video tersebut untuk menjatuhkan beliau. Ini secara langsung akan menaikan semua nama beliau di pandangan rakyat dan masyarakat.
Post a Comment