BERITA TERGEMPAR!! Ohpolitik!™ Isytihar masuk PAS!!

Tanggal 10 Mac 2011 merupakan hari tarikh keramat bagi aku blogger Ohpolitik!™ yang telah diberikan hidayah untuk memeluk Parti PAS. Aku buat ini semua kerana penghijrahan yang dituntut oleh agama. Bukan kerana paksaan namun kerana terdetik di hati. Dah tiba masanya ada blogger macam aku di sebuah bandaraya yang Nik Aziz gelarkan sebagai Bandaraya Islam.

Namanya indah. Persekitaran agak indah dek sulaman bahasa yang membuatkan aku berfikir dua kali untuk memahami dialek klate yang diucapkan penduduknya. Namun aku faham, di dalam bahasa itu terungkap seribu harapan agar perubahan yang besar diberikan kepada Bandaraya Islam ini. Tentu ada yang terfikir atau tidak kurang yang terkejut dengan tajuk posting aku kali ni. Untuk itu, aku jelaskan di sini. Aku blogger Ohpolitik!™ dengan ini mengisytiharkan akan mendedahkan segala keburukkan PAS Kelantan kerana aku kini telah berpindah dan tinggal ke Kelantan atas urusan perniagaan.

Dengan berada dan tinggal di Kelantan sendiri barulah kita akan mendapat gambaran sebenar pentadbiran Kerajaan PAS atau dengan lebih jelas lagi pentadbiran Nik Aziz yang bertopengkan Isle ini. Kiasah aku pertama kali sampai dan tinggal di Kelantan disambut oleh jiran tetangga yang aku boleh gambarkan begitu baik dan peramah sekali. Oleh itu, aku pun mengambil kesempatan bertanyakan beberapa soalan yang bagi aku sebagai orang luar berasa pelik dan jelik. 

Pengurusan Sampah
Sampah di Kelantan hanya dikutip oleh lori sampah di jalan-jalan utama. Jika anda tinggal di Jalan Kuala Krai ke Kota Bharu, maka buang sampah di tong yang hanya disediakan di jalan utama. Bagi yang tinggal di jalan yang agak dalam walaupun tinggal di kawasan perumahan macama aku, kenala bawa sampah keluar ke jalan utama. Jika tidak, sampah itu hanya dilonggok atau dibakar sahaja. Dan tinjauan aku ke Wakaf Che Yeh sendiri di mana aku terpaksa membayar RM2 untuk parking di kawasan longgokkan sampah. Dan bangunan sekitar Wakaf Che Yeh juga tidak diselenggara. Bau busuk dan jijik.

Pembiakan Nyamuk Aedes
Nyamuk memang banyak dek kerana tiada pembersihan longkang yang dijalankan. Fenomena air bertakung di dalam tali air hatta di dalam longkang perumahan adalah fenomena biasa di Kelantan ini. Menurut jiran aku, Semburan asab (foging) hanya akan dilakukan jika terdapat kes denggi di kawasan berkenaan.


Air Kotor
Bila bercakap mengenai air di Kelantan, rasanya semua orang dan tahu. Air di Kelantan sangat kotor. Jika paip air dibuka, kelihatan air kekuningan keluar mencurah. Jesteru tidak hairanlah bagi yang mampu, akan memasang penapis air yang harganya mencecah ribuan ringgit, dan yang miskin akan bermandikan serta minum air yang kekuningan ini. Secara jujur aku cakap, air ini memang gatal satu badan. Aku pun terpaksa membeli penapis air untuk memandikan anak aku. 


Tekanan Air Rendah
Pelik aku bila memasuki kawasan perumahan sekitar Kelantan di mana kebanyakkan mempunyai pam dan water tank di hadapan rumah. Ini berikutan, air yang disalurkan kerumah bertekanan rendah. Air dari paip dipenuhkan dalam tank sebelum dipam kedalam rumah. Jika tidak dipasang pam, melelehlah air keluar. Dan jika anda tinggal di rumah dua tingkat. Tingkat atas tiada airla jawabnya.

Ohpolitik!™ : PAS Kelantan VS UMNO/BN Kelantan
Sebenarnya PAS Kelantan tidaklah segagah mana seperti yang digambarkan, tetapi gagalnya UMNO/BN menawan Kelantan adalah faktor UMNO/BN itu sendiri. Kuasa diberikan terlalu banyak kepada Ketua Bahagian UMNO/BN Kelantan. Ini menjadi faktor utama, kenapa PAS terus berkuasa. (Aku akan kupas mengenai topik ini selanjutnya nanti)

Kesimpulannya
Nama Bandaraya Islam itu tidaklah segah nama yang diberi. Islam itu bersih, tapi Bandar Kelantan itu Kotor. Islam itu indah tapi Bandar Kelantan tiada apa yang indah, landskap taman dan kawasan rekreasi pun tiada. Yang menunjukkan Islam cuma pada tulisan jawi dan papan iklan yang bertudung saja, namun dah ada iklan bertudung nampak jambul. 


Islam itu Indah
PAS yang memburukkannya

Post a Comment