Berita Tergempar. Sebuah Parti yang menamakan Parti mereka sebagai Parti Isle Se-Malaysia telah menyimpang dari ajaran Isle sebenarnya seperti yang dilaung-laungkan mereka. Pelbagai strategi bagi menambat hati pengundi terutama pengundi cina dan india disenaraikan PAS yang didokongi ULARmak maksum, Wali Selipar Nik Aziz. Strategi ini dilihat sebagai umpan PAS untuk menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.
Jika Anwar "The Gen Y" menggunakan slogan anak cina anak kita, anak india anak kita bagi meraih undi cina dan india, PAS pula sanggup membuang serban dan meletakkan tepi hasrat negara Isle mereka dengan menambah Lesen Jualan Minuman Keras kepada peniaga bukan Isle di Kelantan. Tercemarla nama Bandaraya Isle dan serambi Mekah Wali Selipar oii...
Dalam kegairahan PAS untuk menambah lesen arak, Wali Selipar seakan lupa pada air minuman yang merupakan keperluan asas rakyat di Kelantan. Masalah air paip yang kotor dan berkarat masih berlarutan dan membelenggu sebilangan besar rakyat Kelatan dan tiada sebarang tindakan susulan diambil mereka bagi menyelesaikan masalah ini. Situasi ini telah mencetuskan tanggapan bahawa kerajaan negeri kelantan tidak dapat memenuhi tuntutan keperluan asas rakyat pada keseluruhannya.
Ini jelas, PAS lebih pentingkan undi untuk mereka terus berkuasa di Kelantan dari berkhidmat memberikan "HAK RAKYAT" yakni untuk mendapatkan bekalan air yang bersih. Bukan air percuma seperti yang dilaungkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, tapi cuma Hak Untuk Mendapatkan Air Bersih. TakeBeer!!
Post a Comment