Bila TGNA Mentafsir Islam untuk Politiknya : Solat Jemaah & Menunaikan Haji adalah Demontrasi?

Sumber Mesin Taip Buruk

Nik Aziz kata sembahyang berjemaah itu demonstrasi malah kalau hari Jumaat itu demonstrasi lagi besar. Orang buat haji pun demonstrasi malah laaaaaggggiiiii besar demonstrasinya. 
Wahahahahahaaaa.... adehhhh sakit perut aku. Adehhh... adehhh...!

 Adeh... adeh.. Nik Aziz ooii.. Dahlah wat lawak. Senak perut aku ketawa!


Lalu kalau sembahyang berjemaah itu satu demonstrasi, peristiwa seperti ini akan berlaku:


DRAMA SEBABAK:
Memandangkan hari itu hujan lebat, seorang bapa tidak dapat demonstrasi di surau lalu membuat keputusan untuk bersolat maghrib di rumah dan dia mengajak isteri dan anak-anaknya untuk bersolat bersama-sama dengannya.


BAPA: Yang, meh kita demonstrasi. Dah lama kita tak demonstrasi beramai-ramai kat rumah.


ISTERI: Yelah bang. Elok sangatlah. Lagi pun hari ini malam Jumaat. Bolehlah kita baca Yasin sekali selepas demonstrasi.


BAPA: Aziz, Sabu, Mahpusss... meh demonstrasi dengan abah, mak. Biar dapat pahala berganda. Lepas demonstrasi kita baca Yasin sama-sama.


Anak-anak mereka menyahut "Baiklah abah!"


Lalu mereka menutup TV yang sedang menyiarkan rancangan "Demonstrasi Masakan" oleh Chef Wang!

Post a Comment