Kempen di Sarawak dijangka terus hangat dengan isu yang menjerat pembangkang apabila beberapa bloggers dilaporkan dipanggil polis bagi membantu siasatan penyebaran video seks tokoh pembangkang.
Pemimpin pembangkang pula nampaknya mula tidak sependapat berhubung isu penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi mengenalpasti individu terlibat. Barangkali jelas sudah individu terlibat adalah Bro Anwar yang mereka sanjung dan hormati selama ini.
Semalam, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub secara terbuka menyatakan sokongan penubuhan Suruhanjaya Diraja, yang mana pendirian berkenaan bertentangan dengan kesepakatan pemimpin pembangkang yang selama ini menentang keras cadangan itu.
Barangkali bukan Salahuddin seorang yang sudah mendapat ‘petunjuk’ bahawa Anwar akan menjadi liabiliti besar kepada perjuangan pembangkang sekiranya Anwar terbukti bersalah .
Justeru kenyataan Salahudin itu boleh disifatkan tindakan ‘lepas tangan’ Pas dalam pakatan pembangkang jika Anwar disabit bersalah kelak.
Sudah pasti selepas ini Salahuddin akan berseteru bukan kepalang dengan Karpal Singh bersungguh menafikan Bro Anwar terlibat, sekaligus meraih untung besar jadi peguam Anwar selagi mana kesnya tidak selesai dibicarakan.
Dalam Pas, Salahuddin juga akan dilihat seorang ahli yang ‘derhaka’ dan tidak patuh kepada kepimpinan Ulama Pas memandangkan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib sehingga kini masih bertegas menolak penubuhan Suruhanjaya Diraja.
Mungkinkah selepas ini sejarah leburnya kerjasama pembangkang di atas nama ‘Barisan Alternatif ‘ suatu ketika dahulu akan berulang lagi terhadap ‘Pakatan Rakyat’ ?? Apakah PRN Sarawak akan merintis kepada ‘cerai talak 3’ pembangkang menjelang PRU-13 ??
Tiada yang mustahil dalam politik, bak kata Bro Anwar, zaman sekarang zaman ‘edan’ ( Gila )!!
Soalnya, siapakah sekarang yang nampaknya semakin menggila?!! Biar rakyat nilai dan tentukan ‘ajal ‘ politik gila mereka !!
tahniah rakyat sarawak kerana berpeluang menghukum anwar dan pembangkang lebih awal!!
jangan sia-siakan undi anda!! usah terpedaya dengan dakyah politik mereka yang tak sudah!!
JOM KITA SEJIWA SENADA PERTAHANKAN SARAWAK DENGAN MENGUNDI BN!!
Post a Comment