Awas rakyat Sarawak, jika anda menerima sebarang mesej berbentuk hasutan perkauman dan agama, jangan teragak-agak buat laporan polis segera!!
Difahamkan mesej berbaur hasutan sudah mula disebarkan melalui SMS dalam bahasa inggeris bagi membangkitkan rasa marah penganut agama Kristian Sarawak terhadap Barisan Nasional menjelang pengundian 16 April depan.
Ia dipercayai merujuk kepada isu Alkitab (kitab injil versi Bahasa Melayu) yang menimbulkan polemik dalam masyarakat khususnya di bumi kenyalang. Nampaknya ada pihak-pihak tertentu juga menangguk di air keruh.
Barangkali menyedari kempen yang dijalankan pihak berkenaan tidak diterima baik, sentimen kebencian dikalangan penganut agama cuba dimainkan semata-mata demi mencapai cita-cita politik.
Pengundi Sarawak diseru agar tidak cepat melatah dengan sebarang propaganda yang cuba dimainkan pihak yang tidak bertanggungjawab. Jangan mudah terperangkap dengan mainan politik sempit yang akhirnya akan menggugat kestabilan kaum dan perpaduan yang terbina sekian lama di bumi bertuah ini.
Sarawak adalah contoh masyarakat 1Malaysia sejak sekian lama. Biarpun berbeza agama, suku dan budaya, kemakmuran yang dikecapi hari ini harus dipertahankan demi kelangsungan masa depan anak bangsa.
Jom kita sejiwa senada pertahankan Bumi Kenyalang agar tidak dicemari dengan budaya politik songsang yang akhirnya akan merugikan penduduk peribumi yang kaya dengan budaya dan hasil alami ini.
- Posted using BlogPress from my iPad
Post a Comment