Nikmat keamanan dan kestabilan politik di Malaysia sedang dikecapi oleh seluruh rakyat tanpa mengira warna kulit, agama dan fahaman politik. Ianya dirasai oleh setiap kelompok masyarakat dalam pelbagai sector dan meluas dari Semenanjung sehingga ke Sabah dan Sarawak.
Antara yang banyak mendapat hasil daripada situasi ini ialah kalangan ahli perniagaan dan usahawan. Hasil kajian majalah Forbes, didapati pada tahun 2010 orang yang paling kaya di Malaysia ialah Robert Kuok , ahli perniagaan berbangsa Cina yang memiliki harta bernilai RM12.5 billion. Berikut adalah senarai 40 individu terkaya di Malaysia:
Rank | Name | Net Worth ($mil) | Age |
1 | 12,500 | 87 | |
2 | 9,500 | 72 | |
3 | 6,600 | 81 | |
4 | 5,000 | 71 | |
5 | 4,800 | 69 | |
6 | 4,700 | 80 | |
7 | 2,700 | 81 | |
8 | 2,500 | 59 | |
9 | 1,250 | 58 | |
10 | 1,200 | 76 | |
11 | 900 | 60 | |
12 | 785 | 71 | |
13 | 665 | 59 | |
14 | 600 | 54 | |
15 | 560 | 50 | |
16 | 505 | 68 | |
17 | 500 | 50 | |
18 | 495 | 49 | |
19 | 475 | 66 | |
20 | 470 | 46 | |
21 | 460 | 56 | |
22 | 450 | 75 | |
23 | 420 | 66 | |
24 | 400 | 61 | |
25 | 390 | 53 | |
26 | 375 | 63 | |
27 | 365 | 73 | |
28 | 330 | 80 | |
29 | 300 | 88 | |
30 | 255 | 52 | |
31 | 215 | 54 | |
32 | 200 | 66 | |
33 | 195 | 50 | |
34 | 190 | 55 | |
35 | 170 | 63 | |
36 | 165 | 44 | |
37 | 155 | 53 | |
38 | 150 | 56 | |
39 | 145 | 57 | |
40 | 125 | 61 |
Menurut senarai ini, hanya 10 individu Melayu dan 4 individu India sahaja yang tersenarai di atas bukan dari kalangan bangsa Cina, manakala yang lain-lainnya adalah berbangsa Cina. Lebih menarik lagi, daripada 10 yang terkaya, terdapat hanya 2 individu yang bukan dari kalangan berbangsa Cina iaitu 1 Melayu dan 1 India manakala lapan yang lainnya adalah semuanya orang Cina.
Ini menunjukkan betapa masyarakat Cina paling banyak mendapat nikmat daripada keadaan selesa dan selamat dalam negara sehingga boleh mengumpul kekayaan sebegitu rupa. Jika keadaan Malaysia tidak diurus oleh sebuah kerajaan yang cekap dan mampu mengawal kestabilan politik dan ekonomi maka sudah tentu akan mendatangkan kesan yang sangat tidak baik terhadap ekonomi orang Cina sebagaimana pernah berlaku di negara-negara lain. Masyarakat Cina di Malaysia pastinya menyedari apa yang berlaku kepada kaum mereka di Indonesia dalam era krisis mata wang Asia sekitar lewat 1990-an.
Oleh sebab itu, masyarakat Cina yang sudah lama mendapat manfaat hasil kestabilan politik negara perlu menyokong kerajaan BN demi memastikan kelangsungan ekonomi mereka terus terjaga sekaligus mengekalkan prestasi perniagaan kaum tersebut. Dalam konteks ini, masyarakat Cina khasnya yang tinggal di Sarawak tidak perlu bereksperimen untuk cuba-cuba menukar kerajaan kerana mengikut ‘track record’ BN sudah terbukti berjaya menyediakan peluang ekonomi yang sangat baik kepada mereka lebih-lebih lagi dalam era pentadbiran Dato’ Sri Najib Tun Razak yang memperkenalkan Model Baru Ekonomi untuk tujuan tranformasi ekonomi negara.
Adalah sesuatu yang mustahil Pakatan parti pembangkang dapat melakukan perkara yang sama apatah lagi lebih baik daripada BN padahal negeri-negeri di bawah kawalan mereka sendiri pun kian dilanda pelbagai masalah yang kronik setiap hari. Formula pemuafakatan sesama mereka juga terbukti masih kelam kabut dan jauh dari mencapai kata sepakat yang jitu sebagaimana persefahaman dan semangat setiakawan dalam komponen BN yang telah teruji sekian lama.
Post a Comment