Inilah dia srikandi PKR yang menabur fitnah di Tupong semalam |
Semalam aku berpusing-pusing sekitar kawasan DUN Tupong. Aku tersendak dengan lunakkan suara gadis muda yang sedang enak memfitnah Najib dan Taib kononnya ada perselisihan antara dua pemimpin ini. Bodohnya fitnah ini. Secara logik akal, jika adapun perselisihan antara Taib dan Najib takkan Najib nak datang dan terus membantu Taib bagi memastikan BN Menang di seluruh Sarawak?
Dan aku fikirkan hanya di kawasan Tupong saja, namun mengikut laporan dari pemerhati di setiap ceramah Pakatan Rakyat diisikan fitnah ini.Fitnah terbaru bg mengapi2 kan bukan sahaja di kalangan masyarakat Sarawak, malah jika tidak dikawal, Pemimpin komponen BN Sarawak di peringkat ranting akan turut termakan dengan racun berbisa fitnah dari Pembangkang. Pembangkang sedang giat berkempen melagakan2 kepimpinan Taib Mahmud dan DS Najib.
Perdana Menteri didakwa mereka telah memaki hamun kepimpinan Taib Mahmud dan turut mendesak Ketua Menteri Sarawak itu berundur dgn cara yang agak memalukan. Ini merupakan 1 lagi rekaan yg tidak berasas sama sekali. Menurut kenyataan beberapa Setiausaha Kanan DS Najib, PM merupakan individu yg amat menghormati Pemimpin2 seperti Taib Mahmud yang banyak berjasa dan membawa Sarawak pada 1 tahap yg boleh dibanggakan di peringkat Asia terutamanya dalam prospek Ekonomi Negeri. Beliau juga amat yakin Taib Mahmud mampu mencari seorang pengganti yg mempunyai krelibiliti kepimpinan berjiwa kental dalam membantu Rakyat dan Negeri Sarawak.
Inilah yang dinamakan bakal pemimpin masa depan. Untuk naik memimpin pastikan fitnah dijadikan senjata bagi menjatuhkan kerajaan BN. Apa jua cara sik kisah, janji BN turun, dan mereka berkuasa. Ini Bukti jelas Pakatan Rakyat gila kuasa.
Post a Comment