DI Batu Pahat, Presiden KIMMA Datuk Syed Ibrahim Kadeer menjelaskan:
"Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetap setia bersama Barisan Nasional (BN) walaupun parti itu pernah ditawarkan wang berjuta ringgit, dijanjikan jawatan penting dalam kerajaan pembangkang serta pelbagai insentif dan projek jika menyertai pembangkang".
Dek kerana meroyan mahukan sokongan India Muslim, Pakatan Rakyat yang bebas dari rasuah telah menjanjikan bulan dan roket supaya KIMMA menyokong PR. Offer yang boleh menduga iman ini ditolak KIMMA. Oleh kerana KIMMA menolak umpan PR ini, maka KIMMA telah pun menjadi bahan cemuhan blogger PR. Baca penghinaan di bawah dek kerana KIMMA menolak rasuah PR.
PRESIDEN KIMMA (Kongres India Muslim Malaysia) ternyata seorang yang pengampu nombor wahid serta mempunyai kejahilan teramat sangat dan lebih dahsyat lagi seorang mamak yang berhati busuk.
Apa perjuangan KIMMA sebenarnya? Jika setakat berjuang untuk menjadi penjilat kepada Umno saya rasa KIMMA lebih baik mendaftar sebagai satu lagi komponen di dalam Bn untuk bersaing dengan MIC. Apa sumbangan KIMMA kepada golongan mamak yang kebanyakan berniaga membuka restoren di merata tempat itu?
Daripada melalak dan merapu buat fitnah ke atas Pembangkang, lebih baik beliau periksa kesemua restoren mamak yang terdapat di negara ini yang mencekik darah pelanggan dengan harga minuman dan makanan yang tinggi. Itu belum lagi dikira di dalam aspek kebersihan pekerja-pekerja dan restoren-restoren berkenaan.
KIMMA usah perasan kununnya Pembangkang tergilakan kumpulan kecil sepertinya yang tidak langsung memberi kudis jika kumpulan ini menyokong Umno sampai kiamat. Apa bijak sangatkah KIMMA ini sehingga Pembangkang sanggup mahu rasuah jutaan ringgit beserta projek hanya kerana mahukan sokongan dari pihaknya? Siapa orang di dalam KIMMA yang hebat sangat sehingga Pembangkang mahu beli itu?
sumber dipetik dari blogger pencacai Pakatan Rakyat
Adakah Presidennya sendiri mamak Syed? Kirim salam, wahai KIMMA. Pembangkang punyai tokoh yang lebih hebat dari seorang penebar roti canai, maka usahlah sanggup tebar fitnah hanya kerana mahu membodek Umno. Saya bimbang, akibat kebodohan Presiden KIMMA ini dikhuatiri restoren-restoren mamak akan dipulau atau diboikot orang ramai.
Post a Comment