Kekalahan PR di PRN Sarawak PAS kata PKR lagi Teruk Kalah!!!

Merujuk tulisan WarakahDaily, aku suka baca hasil bedah siasat Pakatan Rakyat terhadap kekalahan besar di Sarawak. Ini kerana PAS kini terasa hati apabila banyak pihak yang menyalahkan PAS atas kekalahan di Pilihanraya Negeri Sarawak. Jesteru PAS mempersoalkan adakah PKR yang bertanding 49 kerusi dan hanya menang 3 kerusi tidak teruk?

Namun bagi kedua-dua parti komponen PR yang lain (DAP dan PKR), mereka banyak bertanding di kawasan yang boleh dikatakan selamat dan ada peluang untuk menang mudah kerana tsunami politik PRU-12, pengundi di kawasan bandar yang rata-rata berbangsa Cina kelihatan terus menolak BN. 
Namun dilihat, hanya DAP sahaja yang boleh dikatakan betul-betul berjaya kerana daripada 15 kerusi yang dipertandingkan, mereka mendapat 12 kerusi. Sekali ganda daripada apa yang diperolehi ketika pilihanraya negeri pada tahun 2006. 
Tetapi, satu lagi parti komponen PR iaitu PKR, kelihatan masih lagi gagal untuk beraksi cemerlang walaupun meletakkan ramai calon PR dari kalangan mereka. Penulis bukan mahu mempersalahkan PKR yang meletakkan calon yang ramai dalam pilihanraya kali ini, bahkan itu kemampuan mereka. Tetapi penulis mahu mengajak pemerhati politik untuk mengukur kejayaan bagi keseluruhan parti dalam PR, bukan hanya PAS sahaja. 
Jangan hanya PAS dipersalahkan dalam hal ini sehingga mahu mengundurkan presidennya, tetapi bagaimana PKR yang juga dilihat tidak berjaya memecah tradisi kemenangan BN di Sarawak.

Daripada petikan penulisan di atas, kita tahu bahawa PAS sudah merajuk dek kerana DAP dan PKR kononnya telah bertanding di kawasan selamat. PKR juga mahu diheret sebagai penyebab utama kenapa PR kalah dan tidak mampu membentuk kerajaan di Sarawak.

Sedar atau tidak PAS, inilah yang dinamakan politik. Yang bijak mencari ruang dan bijak mengatur langkah akan berjaya. Umpamanya slogan JOM UBAH yang dimainkan DAP sebenarnya bermaksud untuk menarik pengundi cina.

Ini terbukti apabila hasil bedah siasat juga menunjukkan 76 peratus pengundi cina telah memberi undi kepada DAP dan PR. Hanya 24 peratus sahaja pengundi cina yang menyokong BN. Kenapa cina berubah untuk mengundi DAP dan PR?

Ini kerana DAP lebih bijak berpolitik berbanding PKR dan PAS. PKR diletakkan sebagai Parti yang hanya mahu menyelamatkan Anwar, bukan untuk menegakkan hak rakyat. PAS pula digunakan DAP sebagai senjata untuk memecah belahkan orang melayu dan bumiputera.

Bodohnya PKR dapat dilihat apabila PKR menyerahkan kerusi Pandungan yang telah dimenanginya kepada DAP bagi membolehkan DAP menambah kerusinya dan George ak Lagong, yang dipecat daripada PKR enam hari lepas setelah bertanding atas tiket Bebas, merupakan pemenang tunggal dalam kalangan 41 calon bebas.

PKR juga dilihat begitu teruja dengan tsunami 2008. Nafsu Anwar untuk menjadi PM ditransform ke Sarawak kononnya PKR akan menjadi Ketua Menteri melalui Baru Bian. Pengumuman awal Baru Bian sebagai Ketua Menteri juga dilihat sebagai faktor PR Kalah di Sarawak.

Bijaknya politik DAP apabila hanya meletakkan calon di kawasan bandar dan majoriti cina. Ini kerana mudah bagi mereka untuk menjaga kawasan bandar. Tidak perlu bajet yang besar untuk meraih undi. Tidak perlu naik perahu berjam-jam. Sama ada berceramah di kedai makan atau berjalan dari kedai ke kedai cina di bandar dengan hanya membawa wisel, dan slogan JOM UBAH, DAP sudah berjaya menggandakan kerusi mereka berbanding 2006.

Dan DAP juga bukan hanya mendapat kemenangan beganda, malah Lim Kit Siang sendiri melalui twitternya memberitahu pungutan ceramah DAP bagi 2 tempat saja hampir RM80 K. Dan jika di darab dengan ceramah DAP sepanjang Pilihanraya Negeri Sarawak pastinya jumlah itu lebih dan menguntungkan.

“@limkitsiang: Sibu DAP ceramh sets new collection record - RM37,031.40 w 25k ppl, beating Miri DAP ceramah also created history w collection of RM36,736 "

Dan jika dilihat kepada kabinet yang bakal ditubuhkan Pakatan Rakyat ini jelas menunjukkan kebijaksanaan DAP dalam berpolitik. Cina saja. Dimana bumiputera Sarawak?


Fikir-fikirkanlah...Parti mana yang sebenarnya memimpin Pakatan Rakyat? Adakah PAS? PKR? Atau DAP yang sebenarnya?

Post a Comment