Selangor Air Free : Kelantan Air Berbayar dan Karat!!!


Rasanya bagi mereka yang penah ke ceramah Pakatan Rakyat biasa dengan kisah penceramahnya yang wajib akan memberitahu seperti berikut :

".....Pakatan Rakyat di Selangor kita bagi air percuma kepada rakyat, di sini ada?...."

Umpan ini dijawab dengan "...TIADA!!..." teriak pendengar ceramah yang merupakan toktok pakatan rakyat. Namun hakikatnya kisah ini dan sadiwara ini hanya keudara di luar negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Kenapa luar dari negeri ini?

Kerana hanya Selangor mendapat air percuma. Negeri yang memang maju, dan rakyat yang kaya mendapat air percuma. Hakikat yang perlu difikirkan sejenak. Persoalaan aku lagi kenapa?

Dan kisah ini aku panjangkan ke nergeri lain yang juga di bawah Pakatan Rakyat, di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan tiada istilah air percuma. Ditambah pula kadar tarif air dinaikkan.


Kisah pula semakin meruncing di Kelantan, apabila negeri yang paling lama ditadbir Pakatan Rakyat masih belum mampu untuk menyalurkan air bersih yang berbayar. Bukan percuma. Aku ulang berbayar. Kini rakyat di Kelantan hanya mampu minum dan masak menggunakan air berbayar dan karat.

Sudahla berbayar, karat tekanan air pula rendah. Apakah ini yang dinamakan keadilan buat rakyat? Di Selangor rakyat kaya. Duduk di bawah Pakatan Rakyat tidak sampai setahun jagung, air percuma diberikan. Kelantan 20 tahun lebih di bawah Pakatan, di mana air bersih yang berbayar? Bukan percuma, tapi berbayar?

Inilah hakikat bagaimana Pakatan Rakyat mampu untuk mengambil apa jua yang dilihat tindakan perlu bagi membeli undi rakyat. Bukan untuk memperjuangkan untuk susahnya rakyat yang terpaksa membayar air karat yang disalurkan ke rumah.

Post a Comment