Jika Taib Berundur Selepas PRN Sarawak | Nik Aziz merupakan MB paling Lama!

Parti Keadilan Rakyat (PKR), satu lagi komponen Pakatan Rakyat menggesa Datuk Seri Najib Razak agar mengumumkan tarikh Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan ketua menteri dan bakal penggantinya.

Pagi tadi, DAP meminta ketua menteri paling lama itu melepaskan jawatannya sekarang.

Petang ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak keikhlasan Najib dengan menyifatkan janji Pengerusi BN itu sebagai “satu lagi gimik politik untuk mengkaburi penilaian rakyat.”

Anwar meramalkan Najib akan gagal menunaikan janjinya meskipun beliau merupakan perdana menteri dan pengerusi BN.

Katanya, Najib tiada pengaruh ke atas Taib yang tidak pernah tunduk kepada pemimpin berpengaruh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Janji ini pernah dibuat sebelum ini, jadi sama ada Dr Mahathir berbohong atau beliau tiada kapasiti untuk mengatasi pengaruh Taib,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat yang merujuk kepada kegagalan Dr Mahathir untuk memastikan Taib berpegang kepada janji yang sama 16 tahun lalu.

“Ini ulangan kepada apa yang berlaku sebelum ini,” kata Anwar sambil menambah, beliau yakin Najib tidak akan menunaikannya.

“Jika beliau serius dan bertekad untuk melakukannya, beliau perlu membuat pendirian sekarang... bila Taib akan meletakkan jawatan dan siapa yang akan mengambil alih,” kata Anwar lagi.

sumber Malaysian Insider

GHOSTWRITER
Satu persatu orang lama dalam Barisan Nasional berundur. Dan Taib antara yang terkini bakal berundur. Namun persoalannya bila pula Nik Aziz nak berundur? Dulu Nik Aziz pernah berkata, dia akan berundur selepas Tun Mahathir undur diri, namun hingga kini Nik Aziz masih Menteri Besar Kelantan, Apacita?

- Posted using BlogPress from my iPad

Post a Comment