Makin ramai ahli PKR-PAS-DAP sendiri 'gabra' cara bos-bos mereka tangan isu video seks Anwar




Ada benda yang boleh dan sempat ditutup manakala ada benda yang masuk kategori ‘dah terkangkang habis’.

Begitulah halnya dalam isu kes video seks yang didakwa libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agendadaily difahamkan pimpinan pakatan pembangkang di pelbagai peringkat semakin gabra melihat cara bos-bos mereka bersilat cuba mempertahankan Ketua Umum PKR itu.

Malah ada yang dikatakan menilai semakin banyak Datuk Seri Wan Azizah Ismail-Datuk Seri Haji Hadi Awang -Lim Kit Siang buat kenyataan mengenainya semakin luas rasa curiga orang ramai.

Ini belum masuk lagi bab rentak Anwar sendiri yang nampak macam tenggelam punca dalam menghadapi dakwaan yang ‘ada bukti dalam video’ ini.

Sumber-sumber dalaman PKR-PAS-DAP berkata ramai di kalangan ahli parti sendiri sudah mula merasa pelik cara pimpinan mereka cuba spin agar orangramai tidak percaya pada dakwaan ini.

Mereka berpendapat sepatutnya dalam menghadapi isu yang rumit ini semua berpegang kepada prinsip berani kerana benar.

Sebaliknya gambaran yang terpancar dari pelbagai kenyataan kebelakangan ini macam orang yang takut kerana salah.

“Kita boleh menyedapkan hati di kalangan ahli kita sendiri dengan berkata ia tidak benar dan konspirasi BN. Namun kita tidak dapat menolak hakikat orangramai yang tidak berparti dan atas pagar hendak tahu kebenaran muktamad yang meyakinkan.

“Cakap-cakap dan kenyataan tidak akan sampai ke mana. Semua orang sedang menunggu hasil siasatan polis dan mungkin selepas itu siasatan Suruhanjaya Diraja pula,” kata sumber itu.

Katanya sepatutnya dalam menegakkan prinsip berani kerana benar, pimpinan parti mereka seharusnya mahu dakwaan ini disiasat sampai ke lubang cacing dan bukannya dengan hanya membuat penafian kosong.

"Nafi siapapun boleh nafi. Masalah di sini ialah ini bukan dakwaan kosong kerana ada gambar video yang menyerupai wajah Anwar," katanya.

Malah ada di kalangan mereka yang melihat klip 1.47 minit yang disiarkan di internet baru-baru ini sudah syak itu adalah Anwar.

Katanya kalau ahli parti mereka sendiri merasa begitu, bagaimana pula tentang orangramai.

Kebimbangan pimpinan khususnya peringkat pertengahan dan bawahan ialah jika siasatan rapi dan telus dijalankan kelak membuktikan ia benar Anwar di mana PKR-PAS-DAP ‘ nak sorok muka’

Bagi mereka isu ini adalah hak peribadi Anwar dan jika betul beliau yang menempah maut sendiri.

Jadi menurut mereka kenapa parti dan ahli-ahli patut tanggung ‘ kemaluan’ itu nanti.

“Kenyataan-kenyataan bahawa Suruhanjaya Diraja tak perlu untuk siasat lebih mencetuskan rasa curiga orangramai. Jangan kata orangramai….kami sendiri sudah merasa begitu...dan kami juga nak tahu kebenaran.

"Kalau betul nanti tidak ada orang yang waras fikiran mahu dipimpin oleh orang yang begitu akhlaknya. Lebih teruk Anwar berlagak warak.

“Sepatutnya betul ke tak betul…siasat habis-habisan…agar semua orang boleh tidur lena…ini asyik nafi dan nafi sampai orang naik bosan mendengarnya,” kata sumber itu lagi.

sumber Agenda Daily


- Posted using BlogPress from my iPad

Post a Comment