Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud mula berkhidmat sebagai Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1981. Kini beliau telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri hampir 30 tahun.
Dalam tempoh perkhidmatannya itu, beliau telah berjaya membawa negeri Sarawak ke era pembangunan yang sangat disegani di negara ini. Kejayaannya terserlah sebagai Ketua Menteri sejak tahun 1981, dengan kejayaan-kejayaan berikut :
· Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah meningkat dari RM 6.5 ribu juta sehingga RM 19.7 ribu juta pada tahun 1995 dan bertambah sehingga anggaran berjumlah RM 29.9 billion pada tahun 1999.
· Kadar kemiskinan di Sarawak menurun dari 31.9% pada tahun 1995, kepada 7.5% pada tahun 1997 sementara 10% golongan papa turun kepada 0.7%.
· Kadar penduduk Sarawak yang mempunyai bekalan air bersih meningkat dari kadar 31.8% pada tahun 1980 kepada 85% pada tahun 1995.
· Kadar celik huruf penduduk Sarawak turut meningkat dari dari 30% semasa kemerdekaan kepada 95% pada hari ini.
Selain itu, tahap kedudukan ekonomi yang kukuh, penyediaan peluang perniagaan yang baik kepada semua kaum, terutamanya kaum cina menjadikan ekonomi Sarawak semakin kukuh dan mantap. Segala bentuk pembangunan yang dilaksanakan secara terancang dan seimbang itu merupakan hasil usaha dan komitmen Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud bersama barisan kepimpinan Barisan Nasional yang telah berhempas pulas memastikan kepercayaan rakyat dan pengundi Sarawak dapat di bela dan ditunaikan secara berperingkat dan memenuhi kehendak semua pihak. Hubungan baik yang terjalin antara kerajaan negeri Sarawak dengan kerajaan pusat juga menjadi faktpr penting menyumbang kepada pembangunan negeri.
Sehubungan itu, walaupun tempoh pemerintahan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dilihat begitu panjang di Sarawak, tetapi ia cukup berbaloi kepada rakyat dan negeri Sarawak. Tempoh 30 tahun tersebut digunakan sepenuhnya untuk pembangunan dan kepentingan negeri dan rakyat Sarawak.
Rakyat Sarawak harus melihat dan menilai secara baik segala sumbangan dan jasa yang telah ditaburkan oleh Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Mereka tidak harus mengikut emosi dengan terpengaruh dengan dakyah dan slogan pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS yang bertindak menghancurkan semangat setiakawan rakyat Sarawak demi mengubah segala bentuk kebaikan yang sedang terlaksana di Sarawak. DAP ternyata berusaha meniupkan sentimen kebencian rakyat, terutamanya golongan cina kepada kerajaan yang ada, sedangkan merekalah golongan yang paling banyak menikmati manfaat dari pembangunan negeri Sarawak.
Jika dibandingkan penglibatan dan khidmat lama oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud jauh lebih baik dari mereka. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjadi Menteri Besar Kelantan dalam tempoh 20 tahun, namun tiada sumbangannya yang benar-benar bermakna kepada rakyat dan negeri Kelantan. Kadar kemiskinan di Kelantan adalah antara yang paling tinggi di negara ini, sementara kualiti air di Kelantan adalah antara yang paling kotor berbanding negeri-negeri lain. Penghijrahan rakyat negeri Kelantan keluar untuk mencari kerja membuktikan bahawa tiadanya pembangunan, terutamanya sektor perindustrian dan sebagainya yang menyebabkan kurangnya peluang pekerjaan di Kelantan.
Sementara itu, penglibatan Lim Kit Siang dan Karpal Singh dalam DAP juga sudah puluhan tahun, namun mereka dilihat tidak banyak menyumbang kepada meningkatkan ekonomi masyarakat Malaysia, terutamanya masyarakat cina. Mereka hanya sekadar memperluaskan empayar keluarga sahaja untuk memegang jawatan dalam parti, seolah-olah DAP merupakan parti milik keluarga. Agenda memperjuangkan kepentingan rakyat langsung tidak menjadi keutamaan, tetapi DAP dan pakatan pembangkang lebih bertindak memecahbelahkan rakyat untuk kepentingan peribadi.
Berdasarkan senario ini, rakyat dan pengundi Sarawak harus melihat masa depan Sarawak mesti ditentukan oleh mereka sendiri. Jangan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar dan hasutan pembangkang yang hanya bertindak untuk memecahbelahkan perpaduan rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak menetukan Sarawak terus mansang.
Post a Comment