Blogger Tulang Besi berdoa Turun Bala depan Ka'abah lagi!!


Tulang Besi tidak mengupdate blog untuk jangkamasa semingu sebelum ini kerana Tulang Besi pergi menunaikan umrah di Mekah. 
Peluang mengerjakan umrah telah digunakan Tulang Besi untuk membuat SUMPAH LAKNAT kepada blogger-blogger UMNO kerana perbuatan mereka menyebarkan fitnah yang melampau. 
Dihadapan Kaabahs serta di Bukit Safa dan Marwa, Tulang Besi telah mengungkapkan:

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam, Kau turunkan bala Mu kepada blogger2 UMNO seperti Papa Gomo, ParpuKari, Ruang Bicara Faizal dsbnya yang telah sewenangnya melakukan Qazaf, berdusta dan menghina hukum Mu. Ya Allah, di hadapan Kaabah Mu, aku memohon supaya kau menurunkan bala bencana ke atas mereka seperti bala yang Kau pernah turunkan kepada kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Lut. Aminn!!!

Tulang Besi meminta para pembaca sekelian turut mengucapkan doa yang sama serta mengaminkannya.
GHOSTWRITER
Awal tahun ini aku ada menulis pasal blogger Pakatan rakyat yang begitu taksub telah berdoa supaya Malaysia diturunkan bala di hadapan Kaabah. Dan hari ini siri kedua Tulang Besi ini berulang kembali. Jika dulu didoakan khas buat Khusrin Rahmat yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), Kali ini doa khas buat blogger Pro UMNO pula. 


Yang menjadi persoalan aku, mana si Tulang Besi ni dapat duit banyak sehingga mampu menunaikan UMRAH buat kali kedua selang beberapa bulan jer. Masyuk dengan hasil haram dari Al-Juburi ker? Yang menariknya, biasanya kita akan doakan kebaikan ke arah kebaikan, namun doa seranah ini dah biasa buat puak toktok pembangkang ini.


Sepatutnya doakan untuk anu war supaya dia bertaubat dan diberikan hidayah supaya tidak menjadi seperti Kaum Luth. Doakan dia supaya insaf agar tidak menipu dan menzalimi rakyat Malaysia. kalau tak, terbalik bumi Malaysia nie..termasuk dgn nik aziz jugak. tapi x per, Allah Taala Maha Berkuasa, dia akan membalas doa seperti ini.

Post a Comment