Doa Turun Bala dari PR : Habis 1Malaysia kalu doa Tulang Besi ni Dimakburkan!!!

Permulaan 2011 blogger Tulang Besi dah mula buat angkara. Jika kita biasanya berdoa supaya memperoleh kebaikan tak kira didunia mahupun di akhirat. Namun buat puak tok..tok.. dalam Pakatan Rakyat ni, Berdoa menurunkan bala adalah perkara biasa. Jahilnya mereka. Allah SWT kalu nak turunkan bala, bukan saja kepada UMNO, mahupun BN. Kuasa Allah jika dimakburkan doa Tulang Besi, 1Malaysia akan merasai bala dari apa yang dipohon terutama di depan kaabah. Nah, baca dan renungkan bertapa taksub dan naifnya blogger Tulang Besi di bawah.



Semalam, dengan rasa insaf dan rendah diri, Tulang Besi telah bertindak mengadu kezaliman UMNO dan Barisan Nasional ke atas kerajaan PR Selangor kepada Allah SWT.
SAmbil mencium Kaabah yang mulia, Tulang Besi telah berdoa kepada Allah SWT supaya melaknat dan menurunkan bala ke atas Khusrin Rahmat, Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan), Pegawai2 Istana Selangor yang terlibat dan juak2 UMNO yang terlibat di dalam konspirasi menaikkan melantik Khusrin Rahmat sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK). 
Tulang Besi juga memohon kepada Allah SWT supaya diturunkan bala yang setanding dengan bala yang Allah SWT turunkan kepada kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Saleh. Jadikan hidup mereka tidak senang dan tidak aman buat selama-lamanya. 
Tulang Besi telah memohon kepada Allah SWT dihadapan Kaabah yang mulia supaya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dilindungi Allah SWT dari percubaan sabotaj terbaru dari UMNO dan Ketua Setiausaha Negara.
Tulang Besi nyatakan bahawa kami adalah makhluk lemah di depan Allah SWT. Kami tiada kuasa menentang kezaliman serta sabotaj UMNO dan Barisan Nasional yang terbaru ini. Maka, Tulang Besi telah memohon kepada Allah SWT pertolonganNYa serta perlindungNya kerana kekuasaan UMNO dan Barisan Nasional tidak mampu menandingi kekuasaan Allah SWT.
Tulang Besi juga memohon supaya Allah SWT menurunkan bala kepada SUK Perak yang telah memainkan peranan menjatuhkan Kerajaan Negeri Perak. Semoga Allah SWT menurunkan bala yang setanding dengan bala yang diturunkan kepada kaum Nabi Hud.
Ya Allah ya tuhan kami. Bantulah kami. Rahmati kami. Hancurkan musuh-musuh kami sebagaimana kamu menghancurkan kaum-kaum yang telah engkar kepada Mu sebelum ini.
Baca selanjutnya disini.
GHOSTWRITER
Allah sukakan manusia berdoa, namun apakah jenis doa yang disukai Allah SWT? Adakah doa menurunkan bala? Adakah Nabi Muhammad pernah mendoakan sedemikian? Allah menyukai jika kita berdoa untuk kebaikan, doakan buka hati, sedarkan bagi mereka yang leka, bukan mohon supaya bala diturunkan sesuka hati mereka. Jangan kita bersenggeta sehinggakan doa diletak sebagai senjata, ingatlah azab Allah nyata, jika bala yang dipinta, habis semua yang kena, termasuk mereka yang pohon nak sangat bala. 

Post a Comment