Blogger Tulang Besi berdoa Turun Bala depan Ka'abah lagi!!


Tulang Besi tidak mengupdate blog untuk jangkamasa semingu sebelum ini kerana Tulang Besi pergi menunaikan umrah di Mekah. 
Peluang mengerjakan umrah telah digunakan Tulang Besi untuk membuat SUMPAH LAKNAT kepada blogger-blogger UMNO kerana perbuatan mereka menyebarkan fitnah yang melampau. 
Dihadapan Kaabahs serta di Bukit Safa dan Marwa, Tulang Besi telah mengungkapkan:

Ya Allah, Tuhan Semesta Alam, Kau turunkan bala Mu kepada blogger2 UMNO seperti Papa Gomo, ParpuKari, Ruang Bicara Faizal dsbnya yang telah sewenangnya melakukan Qazaf, berdusta dan menghina hukum Mu. Ya Allah, di hadapan Kaabah Mu, aku memohon supaya kau menurunkan bala bencana ke atas mereka seperti bala yang Kau pernah turunkan kepada kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Lut. Aminn!!!

Tulang Besi meminta para pembaca sekelian turut mengucapkan doa yang sama serta mengaminkannya.
GHOSTWRITER
Awal tahun ini aku ada menulis pasal blogger Pakatan rakyat yang begitu taksub telah berdoa supaya Malaysia diturunkan bala di hadapan Kaabah. Dan hari ini siri kedua Tulang Besi ini berulang kembali. Jika dulu didoakan khas buat Khusrin Rahmat yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK), Kali ini doa khas buat blogger Pro UMNO pula. 


Yang menjadi persoalan aku, mana si Tulang Besi ni dapat duit banyak sehingga mampu menunaikan UMRAH buat kali kedua selang beberapa bulan jer. Masyuk dengan hasil haram dari Al-Juburi ker? Yang menariknya, biasanya kita akan doakan kebaikan ke arah kebaikan, namun doa seranah ini dah biasa buat puak toktok pembangkang ini.


Sepatutnya doakan untuk anu war supaya dia bertaubat dan diberikan hidayah supaya tidak menjadi seperti Kaum Luth. Doakan dia supaya insaf agar tidak menipu dan menzalimi rakyat Malaysia. kalau tak, terbalik bumi Malaysia nie..termasuk dgn nik aziz jugak. tapi x per, Allah Taala Maha Berkuasa, dia akan membalas doa seperti ini.

Doa Turun Bala dari PR : Habis 1Malaysia kalu doa Tulang Besi ni Dimakburkan!!!

Permulaan 2011 blogger Tulang Besi dah mula buat angkara. Jika kita biasanya berdoa supaya memperoleh kebaikan tak kira didunia mahupun di akhirat. Namun buat puak tok..tok.. dalam Pakatan Rakyat ni, Berdoa menurunkan bala adalah perkara biasa. Jahilnya mereka. Allah SWT kalu nak turunkan bala, bukan saja kepada UMNO, mahupun BN. Kuasa Allah jika dimakburkan doa Tulang Besi, 1Malaysia akan merasai bala dari apa yang dipohon terutama di depan kaabah. Nah, baca dan renungkan bertapa taksub dan naifnya blogger Tulang Besi di bawah.



Semalam, dengan rasa insaf dan rendah diri, Tulang Besi telah bertindak mengadu kezaliman UMNO dan Barisan Nasional ke atas kerajaan PR Selangor kepada Allah SWT.
SAmbil mencium Kaabah yang mulia, Tulang Besi telah berdoa kepada Allah SWT supaya melaknat dan menurunkan bala ke atas Khusrin Rahmat, Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Sidek bin Haji Hassan), Pegawai2 Istana Selangor yang terlibat dan juak2 UMNO yang terlibat di dalam konspirasi menaikkan melantik Khusrin Rahmat sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK). 
Tulang Besi juga memohon kepada Allah SWT supaya diturunkan bala yang setanding dengan bala yang Allah SWT turunkan kepada kaum Nabi Nuh dan kaum Nabi Saleh. Jadikan hidup mereka tidak senang dan tidak aman buat selama-lamanya. 
Tulang Besi telah memohon kepada Allah SWT dihadapan Kaabah yang mulia supaya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dilindungi Allah SWT dari percubaan sabotaj terbaru dari UMNO dan Ketua Setiausaha Negara.
Tulang Besi nyatakan bahawa kami adalah makhluk lemah di depan Allah SWT. Kami tiada kuasa menentang kezaliman serta sabotaj UMNO dan Barisan Nasional yang terbaru ini. Maka, Tulang Besi telah memohon kepada Allah SWT pertolonganNYa serta perlindungNya kerana kekuasaan UMNO dan Barisan Nasional tidak mampu menandingi kekuasaan Allah SWT.
Tulang Besi juga memohon supaya Allah SWT menurunkan bala kepada SUK Perak yang telah memainkan peranan menjatuhkan Kerajaan Negeri Perak. Semoga Allah SWT menurunkan bala yang setanding dengan bala yang diturunkan kepada kaum Nabi Hud.
Ya Allah ya tuhan kami. Bantulah kami. Rahmati kami. Hancurkan musuh-musuh kami sebagaimana kamu menghancurkan kaum-kaum yang telah engkar kepada Mu sebelum ini.
Baca selanjutnya disini.
GHOSTWRITER
Allah sukakan manusia berdoa, namun apakah jenis doa yang disukai Allah SWT? Adakah doa menurunkan bala? Adakah Nabi Muhammad pernah mendoakan sedemikian? Allah menyukai jika kita berdoa untuk kebaikan, doakan buka hati, sedarkan bagi mereka yang leka, bukan mohon supaya bala diturunkan sesuka hati mereka. Jangan kita bersenggeta sehinggakan doa diletak sebagai senjata, ingatlah azab Allah nyata, jika bala yang dipinta, habis semua yang kena, termasuk mereka yang pohon nak sangat bala. 

PAS : "DAP Boleh Guna Kalimah Allah Untuk Berpolitik" Apakah Kesannya?

Semata-mata demi mengaut undi kaum Tiong Hua.. Nik Aziz,Khalid Samad dan Hadi Awang telah menggadaikan kemaslahatan generasi ummat Islam...Saya menyokong Hujah Konkrit Yang Mulia Dr. Haron Din yang jelas mengatakan pihak yang menyokong penggunaan Kalimah Allah selain Islam ini boleh jatuh kufur berdasarkan maslahah ummat pada zaman ini...

Hadi Awang dalam Ceramah Grand Finale...

"BN yang menghalang kebebasan pihak Kristian daripada menggunakan nama Allah di penerbitan Herald Tribune dan juga di gereja-gereja seluruh negara.

Hadi menjelaskan bahawa, Pas tak pernah melarang pihak gereja menggunakan kalimah Allah dan Pas sedia berkerjasama dengan semua agama bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sentimen agama yang dimainkan oleh Hj Hadi ini disambut dengan sorakan kegembiraan masyarakat cina Sibu di ceramah tersebut yang hampir keseluruhannya beragama Kristian."

Kata Nik Aziz walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.
"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)... tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh,"
KESAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI INDONESIA
GHOSTWRITER
Janganlah kita kerana untuk mendapatkan kuasa mentadbir di dunia, nama Allah kita mempermainkan. Kerana tempat kita di dunia ini sementara. Kita akan kembali kepadaNya juga yang kekal abadi. Jika ini diteruskan juga, aku percaya, dunia kini semakin dekat dengan kehancuran yakni hari Kiamat. Bila ulama' mula memesongkan akidah umat Islam.... Inilah destinasi yang dituju.....

RON 95 Menjimatkan.. Apa komen anda?

Hasil perkongsian pengalaman oleh pengguna, anakmuda bawakan komen mereka selepas mengalami sendiri pemanduan kenderaan menggunakan RON 95.

saya pakai avanza 2009 dulu2 isi minyak RM60 dapat 360km..sekarang isi RM60 dapat 410km....kira minyak ron95 menjimatkan saya..
Nurul Azwan

saya pakai kereta HONDA ACCORD 2.0 ok ajer.. Tp tiada perubahanla
Mohd Hafiz

Apa pulak kata anda wahai pembangkang? Hari itu ada kluar artikel kereta semputla, tak boleh startla.. Nampak sangat penipu!! Balik raya hari itu si pembangkang guna minyak RON 97 ker? Enjin breakdown tengah jalan tak? PAS PENIPU!!! BLOGGER PAS memang suka bawa cerita tersepit..Kedah kotor, ada PAS KESAH? MBAS tak buat kerja ada PAS kesah? Cukai ambil, belanja pi mana? Pembangunan? Pembangunan apa yang PAS dah buat? Tak ada perubahan apa pun.. Yang berubah ADUN dan Ahli Parlimen PAS adala.. Dari takdak duit, sekarang dah naik Camry, mana mai duit? Buat rumah terbuka mana mai duit? Duit RAKYAT KER? Masa guna duit rakyat tak kenal dosa dan Pahala PULAK PAS ni..???

Nik Ajis - Takut Nasha kena 'booo', kawe malu

Nik Ajis ngaku malu takut Nasha kena 'booo' di Manek Urai dengan penyokongnya sendiri. Rasionalnya penyokong PASlerni memang telah dibentuk oleh Nik Ajis sendiri. Dibentuk bencikan pemimpin negara, salah sikit pucuk pimpinan dilabelka macam-macam. Dan kini Nik Ajis dalam dilemanya sendiri. Takut Nasha kena 'booo', dia dia sendiri yang malu. Nik Ajis sebagai ulama' PASlerni sepatutnya mengajak Penyokongnya menghormati pemimpin tak kirala siapa saja yang memimpin. Nah!! Sekarang terpalit kat muka sendiri, taupun malu. Mana ada pemimpin tak buat salah. Sekarang terimala 'BOOOO' ciptaan Nik Ajis sendiri.