PAS : "DAP Boleh Guna Kalimah Allah Untuk Berpolitik" Apakah Kesannya?

Semata-mata demi mengaut undi kaum Tiong Hua.. Nik Aziz,Khalid Samad dan Hadi Awang telah menggadaikan kemaslahatan generasi ummat Islam...Saya menyokong Hujah Konkrit Yang Mulia Dr. Haron Din yang jelas mengatakan pihak yang menyokong penggunaan Kalimah Allah selain Islam ini boleh jatuh kufur berdasarkan maslahah ummat pada zaman ini...

Hadi Awang dalam Ceramah Grand Finale...

"BN yang menghalang kebebasan pihak Kristian daripada menggunakan nama Allah di penerbitan Herald Tribune dan juga di gereja-gereja seluruh negara.

Hadi menjelaskan bahawa, Pas tak pernah melarang pihak gereja menggunakan kalimah Allah dan Pas sedia berkerjasama dengan semua agama bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sentimen agama yang dimainkan oleh Hj Hadi ini disambut dengan sorakan kegembiraan masyarakat cina Sibu di ceramah tersebut yang hampir keseluruhannya beragama Kristian."

Kata Nik Aziz walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.
"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)... tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh,"
KESAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DI INDONESIA
GHOSTWRITER
Janganlah kita kerana untuk mendapatkan kuasa mentadbir di dunia, nama Allah kita mempermainkan. Kerana tempat kita di dunia ini sementara. Kita akan kembali kepadaNya juga yang kekal abadi. Jika ini diteruskan juga, aku percaya, dunia kini semakin dekat dengan kehancuran yakni hari Kiamat. Bila ulama' mula memesongkan akidah umat Islam.... Inilah destinasi yang dituju.....

ADUN PAS Hutang Cukai Pendapatan Hampir Sejuta Ringgit

Mungkin inipun Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am PAS tidak tahu menahu juga.

Bekas Setiausaha Menteri Besar Kelantan dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan masih belum melangsaikan cukai pendapatannya yang berjumlah hampir satu juta ringgit.

Menurut sumber dari dalam Perhubungan PAS Kelantan yang memberitahu Kickdefella, ADUN tersebut telah memohon supaya pembayaran cukai pendapatannya yang tertunggak itu dilangsaikan oleh Perhubungan PAS Kelantan menerusi pemberian konsesi balak atau projek yang boleh ditolak kepada mana-mana pelabur untuk mendapatkan jumlah yang setimpal.

Untuk rekod, ADUN berkenaan dikenakan cukai pendapatan berjumlah lebih RM781,000.00.

Persoalannya sekarang, berapakah jumlah wang yang dimiliki oleh ADUN PAS itu sehingga dia boleh dikenakan cukai pendapatan sedemikian tinggi. Dari mana pula sumber wang yang diperolehinya itu? Adakah dia menggunakan hubungannya dengan Nik Aziz, atau kedudukannya dalam parti untuk memperolehi kekayaan itu.

Mengumpul harta kekayaan dibenarkan di Malaysia dan menurut ajaran Islam atau mana-mana agama sekalipun asalkan ianya bersih dan sebahagiannya dicukai dan dibayar zakat.

Saya sekadar ingin beritahu sebab saya takut Nik Aziz tak tahu. Mungkin Nik Aziz boleh mula ambil tahu sebab kemungkinan ADUN ini juga terlibat dalam sindiket memungut derma yang semalam Nik Aziz kata dia tak tahu.
sumber kickdefella

Doa Jahat seorang Ulama' PAS



Terkejut aku tengok insan yang bergelar ulama' PAS berdoa untuk keburukkan kepada pemimpin negara yang juga beragama Islam. Inilah realiti sebenar PAS. Berdoa kejahatan sesama Islam demi nafsu politik yang tidak pernah pudar. PAS dengan mudah menggunakan Islam, Al-Quran dan Hadis untuk memecahbaelahkan undi melayu.
Sedarlahlah Melayu, yaa... Majoriti penduduk Malaysia memang melayu.. Tapi kita kena ingat.. Jika undi kita dipecahkan.. Siapa yang akan naik? Akta 153 bukan satu tiket untuk kita bersenang lenang dan lupa akan perjuangan untuk mempertahankannya. Akta ini boleh dimansuhkan! Adakah kita mahu selepas ini melayu di Malaysia mengundang nasib seperti Melayu di Singapura? Apakah nasib anak-anak kita?
Sedarlah Melayu, jika kita leka dengan perpecahan cintaan PAS ini, akibatnya, kaum lain akan bangun merebahkan kita, pada masa itu sudah tiada maknanya. Apa yang kita ada cuma modal doa yang merebahkan sesama kita... Maka lenyapla Melayu tanpa kita duga..

Nik Aziz Mahu Mengemas Rumahnya Yang Dah BERABUK!!


Nik Aziz nekad mahu bersihkan PAS dari habuk kumpulan PRO Kerajaan Perpaduan UMNO Barisan Nsional melalui EGMnya yang tersendiri. Selepas melihat MCA, UMNO dan PKR buat kemaskini dalam rumah masing-masing, Nik Aziz pun sedar yang dia pun patut buat pada PAS. Malangnya, Pemimpin PAS yang lain masih dalam dilema. Takut kot-kot kena cantas. Maklumla, belum kaya raya lagi dah kena buang. Nak naik bukannya senang. Baru naik sat dah kena cantas.

Nik Aziz turut menamakan tiga pemimpin bermasalah dalam PAS yang patut dipecat di dalam blognya. (Hai takkan 3 ekor ni jer? bukan smua dalam PAS memang bermasalah ker?) Antaranya termasuklah Timbalan Presiden PAS, Nasha Mat Isa, Setiausaha Agong, Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Hassan Ali. Malangnya si Hassan Ali dah bau pemecatannya awai2, so dia dan PAS selangor pun tolak EGM cadangan Nik Aziz ni.

Tambah Nik Aziz, PAS kini menghadapi masalah kepimpinan dan berasakan perlu diberi sentuhan baru. HAI! BARU NAK NAIK DAH ADA MASALAH KER? MACAMNA NAK TERAJU NEGARA? ORANG LEN BUAT EGM, BARU NAK IKUT BONTOT ORANG? HAI, KENAPA NI? PAS DALAM DILEMA NAK KALAH DI PRU13 KE?

Kutbah Jumaat Jadi Medan Sebar Dakyah PAS

Kedah, Jumaat, 25 September 2009 : Kutbah Jumaat di Masjid Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah menjadi mangsa medan menyampaikan Dakyah PAS yang semakin rakus dahagakan kuasa politik. Dengan bertopengkan Islam, PAS dengan bongkaknya menyalah gunakan peluang berkhutbah pada solat Jumaat di sini bagi mengajak umat Islam sekitar Tambak Bunga, Jalan Kuala Kedah supaya menolak kerajaan BN sekarang.



Perkara yang dibangkitkan dalam Kutbah Jumaat :


Dakyah satu MALAYSIA itu untuk sapa?


"Islam didahulukan, Allah diutamakan"


(Berapa banyak Masjid dibina oleh PAS?)


kes sebat pesalah minum arak turut dibangkitkan


(Selama PAS tadbir Kedah berapa ramai dah peminum arak disebat?)


macam biasa, Undi atas dunia ini akan dipersoalkan oleh Allah SWT di hari pembalasan kelak.


(Kenapa Pemimpin PAS sekarang bergaya ngan kereta mewah, tetapi penyokongnya duk pakai kereta buruk lagi?)

Apa ni? Aku gi solat Jumaat untuk Khutbah Jumaat, Bukan nak dengar Dakyah PAS yang makin rakus memakai topeng Islam bagi mengaburi rakyat Kedah terutama rakyat kawasan DUN Kubang Rotan di sini hari ini.





Kuncu-kuncu PAS ni pun siap edarkan jemputan di bawah :




DARI MANA ADUN NI DAPAT DUIT BUAT OPEN HOUSE? Duit balak ker? DAHLA SALAH GUNA KUTBAH JUMAAT...

Nik Ajis - Takut Nasha kena 'booo', kawe malu

Nik Ajis ngaku malu takut Nasha kena 'booo' di Manek Urai dengan penyokongnya sendiri. Rasionalnya penyokong PASlerni memang telah dibentuk oleh Nik Ajis sendiri. Dibentuk bencikan pemimpin negara, salah sikit pucuk pimpinan dilabelka macam-macam. Dan kini Nik Ajis dalam dilemanya sendiri. Takut Nasha kena 'booo', dia dia sendiri yang malu. Nik Ajis sebagai ulama' PASlerni sepatutnya mengajak Penyokongnya menghormati pemimpin tak kirala siapa saja yang memimpin. Nah!! Sekarang terpalit kat muka sendiri, taupun malu. Mana ada pemimpin tak buat salah. Sekarang terimala 'BOOOO' ciptaan Nik Ajis sendiri.