Mungkin inipun Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan Musyidul Am PAS tidak tahu menahu juga.
Bekas Setiausaha Menteri Besar Kelantan dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan masih belum melangsaikan cukai pendapatannya yang berjumlah hampir satu juta ringgit.
Menurut sumber dari dalam Perhubungan PAS Kelantan yang memberitahu Kickdefella, ADUN tersebut telah memohon supaya pembayaran cukai pendapatannya yang tertunggak itu dilangsaikan oleh Perhubungan PAS Kelantan menerusi pemberian konsesi balak atau projek yang boleh ditolak kepada mana-mana pelabur untuk mendapatkan jumlah yang setimpal.
Untuk rekod, ADUN berkenaan dikenakan cukai pendapatan berjumlah lebih RM781,000.00.
Persoalannya sekarang, berapakah jumlah wang yang dimiliki oleh ADUN PAS itu sehingga dia boleh dikenakan cukai pendapatan sedemikian tinggi. Dari mana pula sumber wang yang diperolehinya itu? Adakah dia menggunakan hubungannya dengan Nik Aziz, atau kedudukannya dalam parti untuk memperolehi kekayaan itu.
Mengumpul harta kekayaan dibenarkan di Malaysia dan menurut ajaran Islam atau mana-mana agama sekalipun asalkan ianya bersih dan sebahagiannya dicukai dan dibayar zakat.
Saya sekadar ingin beritahu sebab saya takut Nik Aziz tak tahu. Mungkin Nik Aziz boleh mula ambil tahu sebab kemungkinan ADUN ini juga terlibat dalam sindiket memungut derma yang semalam Nik Aziz kata dia tak tahu.
sumber kickdefella
Post a Comment