Ada Apa Dengan Khusrin sampai Khalid Gagap meroyan tak tentu pasal?


 Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi mendedahkan mengapa perlantikkan beliau sebagai SUK ditentang oleh Kerajaan Negeri Selangor.  Antara kes yang mendapat tentangan daripada banyak pihak ialah pendedahan beliau terhadap penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 2009 kerana memberi kuliah tanpa tauliah.

Sepatutnya sesiapa yang memberi ceramah perlu mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ), dan jika tiada tauliah, tindakan akan diambil tambahnya lagi. Isu lain yang mendapat perhatian ialah penarikan balik tauliah berceramah kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Hanya satu sahaja tauliah yang ditarik balik daripada 2,000 tauliah yang diberikan sepanjang 5 tahun 6 bulan Datuk Mohd Khusrin bertugas di JAIS.

Keputusan menarik balik tauliah MAIS terhadap Khalid Samad dibuat dalam Jawatankuasa Tauliah Mais yang dianggotai oleh wakil PAS, bukannya keputusan seorang, tambahnya. Larangan orang bukan Islam memasuki surau dan masjid yang dilakukan olehnya selaku Setiausaha Mais dan mengikut arahan dan perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Tidak salah beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan mengikut undang-undang katanya.

Beliau berkata, isu lain ialah khutbah Jumaat dimasjid tanpa menggunakan teks JAIS dan menjemput penceramah luar yang tiada tauliah untuk membaca khutbah mengikut kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Khairiah Negeri Selangor, 2001.

Datuk Mohd Khusrin turut dituduh terlibat dengan kempen Barisan Nasional ketila Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor, beliau menjelaskan beliau disana kerana melaksanakan 8 program anjuran JAIS. Menurutnya, beliau turut difitnah apabila gambarnya menjulang logo UMNO dengan menggunakan teknik " Super Impose " yang dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan dan memburukkan namanya.
- Petikan Sinar Harian

Mrghostwriter
Patutla Khalid gagap dan bala tenteranya sangat meroyan bila Khusrin dilantik sebagai SUK Selangor..hahaha..lawak banganglala Khalid ni..

Post a Comment