KES KEMATIAN TBH & Pelajar 7 tahun | Yang Mana Lebih KEJAM?




Rupa-rupanya kematian pelajar tujuh tahun dua hari lepas di Sekolah Rendah Islam Al Furqan, angkara ustaz dari Pas ...

Hinggakan Pesuruhjaya Pas Perlis, Hashim Jasin berkata, pihaknya terpaksa memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan memohon maaf kepada kaum guru berhubung peristiwa yang telah mencalar imej dan persepsi umum terhadap warga pendidik.

Walau macammana pun, aku tetap nak mengucapkan terima kasih kepada Pesuruh Jaya Pas Perlis yang berani akui kelemahan dan kesilapan, sebabnya kes nie orang menuduh kerajaan yang bersalah, cikgu yang bersalah, malah aku sendiri geram, malah ingatkan cikgu tu cikgu dari Kementerian Pelajaran.

Hakikatnya, kematian seorang pelajar tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti Pas di Jejawi dekat Kangar.

Dan jika dibandingkan dengan kes TBH yang mendapat perhatian sepenuhnya dari pimpinan pembangkang, kanak-kanak malang ini lebih teruk nasibnya. Namun dimanakah keadilan buat kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun yang nyatanya masih tidak mampu membuat keputusan sebijak ustaz PAS ini?

Adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.

Apapun, perkara ni telah terjadi, kita berharap agar kejadian sebegini tidak berlaku lagi .... Al-Fatihah buat adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee. Moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


- Posted using BlogPress from my iPad

Post a Comment