KES Kematian Teoh Beng Hock
Dipercayai mati semasa disiasat oleh SPRM. Suruhajaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kematiaan. KEs ini juga turut mendapat perhatian peguam DAP. Dicanang di setiap ceramah PAS, PKR dan DAP. Macam biasa, Kerajaan BN dipersalahkan.
KES Kematian Aminul Rashid
Mati ditembak anggota polis kerana disyakki penjenayah. Kes ini mendapat perhatian Pakatan Rakyat. Dan diceramah PAS, DAP dan PKR dilebelkan polis Malaysia kejam serta seperti biasa kerajaan BN dipersalahkan.
KES Kematian Kugan
Kugan Ananthan mati dalam siasatan polis. Seperti biasa kes ini mendapat perhatian Pakatan Rakyat termasuklah dalam ceramah-ceramah umum terutama di kawasan India. Polis dan Kerajaan BN dilebel kejam. Hak kemanusiaan bagi mendapatkan keadilan ditegakkan.
KES yang tidak mendapat Perhatian
KES MATI DIBELASAH USTAD PAS di sekolah pondok di bawah kelolaan PAS.
Adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7 tahun meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Ahad selepas dipercayai dipukul seorang ustaz yang juga warden asrama sekolah itu pada Khamis ketika menyiasat kes kecurian.
Hakikatnya, kematian seorang pelajar tujuh tahun dua hari lepas yang dikaitkan dengan tindakan hukuman seorang ustaz yang berlaku di Sekolah Rendah Islam Al Furqan kelolaan parti Pas di Jejawi dekat Kangar.
Apapun, semua kes ini perlu dijadikan pedoman. Kehidupan kita hanya sementara dan telah tertulis saat kematian yang akan tiba tanpa terlewat atau terawal satu saat pun. Janganlah kita jadikan kes-kes diatas sebagai satu kesempatan untuk diambil bagi menyalahkan Polis, Kerajaan BN dan sebagainya.
PAS, DAP dan PKR hanya bijak mengambil apa saja yang dilihat boleh dipergunakan untuk politik sempit mereka. Politik mengambil kesempati ini dilihat bagi mengambil undi simpati rakyat. Jika terkena batang hidung sendiri diam membisu seribu bahasa. Jesteru anda pengundi diluar sana, renung-renungkan dan undilah secara bijak.
- Posted using BlogPress from my iPad
Post a Comment