Pakatan Rakyat Perintah Kedah | Gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi! Cukai Tanah NAIK 10 KALI GANDA!

Adakah ini dikatakan manusia beriman jika kita tidak mementingkan ilmu yang islam amat Agungkannya? Kenapa perlu dinaikkan cukai kepada universiti, sedangkan ia pusat kecemerlangan anak bangsa yang mampu memartabatkan agama bangsa dan negara? Usah kita politikkn pusat ilmu kerana berhaluan agenda parti... sebaliknya kita perlu lebih rasional, kerajaan negeri sepatutnya memberi zakat kpd pelajar, bukannya membebankan universiti yg mungkin akan menaikkan yuran pengajian akibat perbutan pemimpin yg tidak bertanggugjwab. Mari kita pikirkan dan baca artikel di bawah:

Tindakan kerajaan negeri Kedah menaikkan cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM) sehingga 10 kali ganda selain gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi di universiti itu, dilihat sebagai tidak membantu usaha kerajaan pusat untuk melahirkan modal insan negara.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai kerajaan negeri yang memerintah, mereka seharusnya berbangga dengan universiti itu dan membantu kerajaan pusat dalam menyediakan keperluan-keperluan tertentu untuk universiti berkenaan.

"Selama ini kalau kerajaan negeri itu BN, ia membantu dengan tidak mengenakan cukai yang tinggi.

Tetapi setelah mereka mengambil alih kerajaan negeri, mereka mengenakan cukai tanah kepada institusi pendidikan sehingga RM1.8 juta setahun cukai tanah berbanding sebelum ini RM150,000 setahun,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Khas Pasca Siswazah untuk Anggota Parlimen yang dikendalikan UUM di sini hari ini.

Lebih membebankan apabila pihak pengurusan UUM terpaksa membayar antara RM80,000 sehingga RM90,000 sebulan untuk menampung kos lori bagi mengangkut air dari luar akibat kekurangan bekalan air sejak setahun lalu, katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri dilihat cuba mendapatkan keuntungan daripada sebuah institusi pengajian tinggi, sedangkan mereka seharusnya memahami UUM adalah sebuah pusat akademik yang berfungsi untuk melahirkan modal insan


- Posted using BlogPress from my iPad

Post a Comment