PAS Meroyan nak Selesaikan Isu Tanah Adat Sarawak | Selesaikan dulu Isu Ladang Rakyat Kelantan

Naib presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, parti itu berharap dapat memenangi kerusi pertamanya di DUN Sarawak kali ini selepas bertanding di negeri itu sejak tahun 2003.

Katanya, berbeza dengan pengalamannya mereka sebelum ini, PAS mendapati "angin perubahan" sudah mula sampai ke negeri itu.

“Sebelum ini PAS masih baru. Sekarang kita lebih dikenali di kalangan penduduk tempatan,” katanya yang mengiringi calon PAS Beting Maro Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus di pekan Pusa, dekat Batang Lupar.

Salahuddin berkata, dengan menyandarkan harapan kepada semua muka baru, PAS juga akan memfokuskan terhadap usaha menyelesaikan isu berhubung pemilikan tanah adat (NCR) yang berlarutan sejak Sarawak merdeka pada tahun 1967.

Anggota parlimen Kubang Kerian itu berkata, usaha mereka menangani isu itu akan digiatkan melalu biro tanah dan pembangunan wilayah - badan langsung bawah PAS pusat - yang ditubuhkan khas bagi tujuan itu.

MRGHOSTWRITERZ
PAS yang baru bertanding 5 kerusi di Sarawak dah nak belagak jadi Hero apabila berjanji nak selesaikan isu tanah adat. Isu pengambilan tanah untuk Projek Ladang rakyat pun tak selesai lagi di Kelantan, ditambah pula isu air kotor walaupun Kelantan dah 20 tahun di bawah pemerintahan PAS apa cita? Terkini isu budak mati dibunuh OSTAD PAS di Perlis, Apa cita? Ops! Lupa pula aku Ostad PAS semua telah dikonfremkan Nikkie Aziz masuk SYORGA!

- Posted using BlogPress from my iPad