PKR Pengacau, Memecah Belahkan Perpaduan Dayak!




Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) Edwin Dundang hari ini menuduh Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghancurkan perpaduan kaum Dayak kerana meletakkan calon menentang Snap pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.

Beliau berkata parti kaum Iban itu tidak akan tunduk lagi kepada PKR kerana Snap telah memberi laluan kepada PKR bagi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) - Ba'kelalan, Batang Ai dan Tamin.

"Mereka yang mencabar kita (Snap) adalah mereka yang mencabar perpaduan Dayak. Mereka adalah pengacau," katanya selepas proses penamaan calon bagi 71 kerusi DUN yang dipertandingkan selesai hari ini.

Dundang menerima kejutan apabila PKR meletakkan calon bagi kerusi Marudi meskipun sebelum ini Timbalan Presiden parti itu Azmin Ali mengumumkan PKR bertanding di 49 kawasan serta menyerahkan Marudi dan Pakan kepada Snap.

Presiden Snap itu sendiri akan bertanding di Marudi, yang menyaksikan pertandingan empat penjuru berhadapan calon BN, Sylvester Entri ak Muran yang juga penyandang, calon PKR Gerang ak Dagom dan calon bebas, Michael Ding Tuah.

Snap mempunyai 26 calon bertanding di kerusi majoriti kaum Dayak.

- Bernama



- Posted using BlogPress from my iPad

Post a Comment