INDIA PENANG PUN TOLAK PEMIMPIN ALA UMAR ABDUL AZIZ?


Seramai 807 anggota DAP pelbagai kawasan parlimen di Pulau Pinang bertindak keluar parti dan menyertai MIC kerana tidak puas hati dengan hala tuju parti itu serta janji kosong pemimpinnya.

Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata tindakan itu diambil dengan rela hati kerana individu terbabit berpendapat perjuangan mereka dalam DAP sia-sia.

"Mereka bertindak demikian kerana mendakwa parti pembangkang hanya menabur janji kosong, dan apabila masalah rakyat dirujuk, mereka tidak mampu menyelesaikannya.

"Mereka juga memaklumkan kepada saya bahawa bantuan yang diterima di kawasan mereka disalurkan oleh Barisan Nasional (BN) dan MIC," katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat India di sini malam Ahad.

Pada majlis itu, wakil kumpulan berkenaan menyerahkan borang permohonan menyertai MIC kepada Palanivel.

Sementara itu, bekas Pengerusi DAP Teluk Indah D.Sampunathan, 52, berkata beliau menyertai parti tersebut sejak 20 tahun lepas, bagaimanapun, sejak memerintah Pulau Pinang, pemimpinnya 'seperti kacang lupakan kulit.'

"Sejak (DAP) menang, mereka sudah lupa pada pengundi termasuk saya yang telah lama bersama parti itu, semua yang dijanjikan masa pilihan raya lepas tidak ditunaikan," katanya yang kecewa dengan pemimpin DAP.

Bekas pembantu khas Anggota Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam A.Thanasegan iaitu R.Lily, 46, berkata beliau bertindak keluar parti kerana malu dengan masyarakat setempat kerana DAP tidak menunaikan janjinya.

"Semasa berkempen, mereka janji hendak bantu masyarakat India di kawasan Bagan Dalam, tetapi sampai sekarang, langsung tidak ada apa-apa, orang di sekeliling pula bertanya kepada saya.

"Bila saya tanya, mereka (pemimpin) kata tidak ada peruntukan dan kena tunggu dulu, tapi sampai bila kami nak tunggu, sedangkan mereka hidup senang lenang manakala kami terus susah," katanya.

Bagi A.Vasan, 51, DAP hanya memperjuangkan satu bangsa sahaja manakala masyarakat India yang telah menyokong parti itu dianaktirikan.

"Kami telah jumpa parti yang mampu memperjuangkan semua bangsa iaitu BN," katanya. - BERNAMA

GHOSTWRITER : "India di Penang pun dah mula bosan dengan pimpinan 'Khalifah' LGE. PAS jer yang pusing 1Malaysia canang LGE ni baguih! Tolong semua olang! Tarak ambil lasuah! Pemimpin contoh ala Umar Abdul Aziz!!"

Post a Comment