"PAS Jika UMNO Ajak Masuk SYURGA pun demo tokse!!!" Itulah keluhan orang melayu Kelantan yang dah jemu dengan tindak tanduk PAS yang semakin tidak endahkan "Negara Islam dan Hudud" yang menjadi dendangan PAS dulu.
Jika MCA memberikan kata dua bahawa PAS supaya tidak meneruskan hasrat Negara Islam, DAP apa kurangnya. Jangan kata meneruskan hasrat negara Islam, sebut Negara Islam dalam konvensyen Pakatan Rakyat pun DAP sudah tidak keruan. Penyudahnya PAS tunduk jer dengan kemahuan DAP.
Demi perpaduan kuasa politik melayu dan Islam terus terpelihara, biarlah MCA dan Gerakan berpisah dengan UMNO di bawah BN pun aku setuju, janji politik melayu bersatu kembali. Jika kita berpecah belah dengan fahaman politik yang berbeza menyebabkan kuasa politik melayu lemah.
Ingatlah orang melayu! Orang Melayu hanya ada Kuasa Politik bagi mempertahankan apa yang tertulis dalam perlembagaan. Cina telah sah kuasai ekonomi negara, kini kuasa politik negara pula menjadi hasrat mereka. Jika kita terus dengan ego dan tidak mahu bersatu, pastinya cina akan naik memimpin negara. Adakah itu yang kita mahukan?
Untuk rekod, DAP baru sahaja menunjukkan taringnya di Pilihanraya Negeri Sarawak. Penyatuan cina terbukti bila kita lihat tiada senggeta diantara DAP, MCA dan Gerakan. Jika ada pun mereka akan sattlekan secara aman. Bijaknya cina tidak seperti melayu. Berdemo sana sini, Takbir sana sini, bermusuhan sana sini, berpecah belah, last-last cina yang naik.
Fikirkanlah melayu!
Kita hanya ada politik yang tidak kuat mana, ekonomi kita masih jauh kebelakang!
Cina dah konfrem pegang ekonomi negara, politik mereka semakin kuat!
India juga gundah gulana, tiada politik, tiada ekonomi, yang ada cuma jadi orang tengah juga!
Post a Comment