PAStinya Azmin Mengamuk Dengan Cadangan Husam!!


DATUK Shazryl Eskay Abdullah yang membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Jumaat lalu tidak gentar untuk menjalani ujian poligraf atau sebarang teknologi bagi membuktikan beliau tidak berbohong.

Ahli perniagaan itu berasa kagum dengan cadangan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa yang mahu beliau menjalani ujian poligraf dan menyifatkan ia sebagai idea yang bernas.

Namun gesaan Husam itu mesti turut disahut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Cabaran Husam itu tidak adil jika ujian itu hanya dilakukan kepada Eskay, di sebaliknya Anwar dikecualikan. Ini kerana Husam tidak menyebut pun Anwar patut sama-sama menjalani ujian poligraf.

Sedangkan bukti yang hendak dicari ialah siapa bercakap benar dan siapa berbohong mengenai lelaki di dalam video seks, selanjutnya mengesahkan sama ada lelaki itu ialah Anwar atau orang lain.

Kelmarin Husam mencabar trio Datuk T menjalani ujian poligraf bagi mengesan sama ada mereka berbohong atau tidak dalam isu mengaitkan Anwar.

Cabaran daripada Husam itu cukup menarik setelah pendirian pemimpin Pas sebelum ini dipersoalkan.

Sejak isu video seks itu terbongkar, pendapat beberapa pemimpin Pas dilihat berbelah bahagi. Yang jelas, pendirian Pas terhadap isu ini bertentangan dengan moral, etika dan agama yang selama ini dikatakan menjadi asas perjuangan parti itu.

Sebagai parti yang dikatakan berteraskan moral, etika dan agama, Pas sepatutnya meminta siasatan yang objektif, bukan membuat keputusan sambil lewa demi kepentingan politik untuk berkuasa.

Pas kini berada dalam persimpangan kerana berdepan dengan isu moral yang membabitkan Ketua Pembangkang itu.

Pas perlu menyokong usaha-usaha mencari kebenaran. Apakah Pas mahu melindungi seorang pemimpin yang tidak bermoral - di depan cakap lain, di belakang buat lain.
memetik sumber utusan.

GHOSTWRITER : "PAS sanggup buat apa saja untuk mempertahankan Anwar, namun apa tindakan PAS terhadap kes Bunuh Budak 7 Tahun? Dan PAStinya Azmin akan mengamuk dengan cadangan PAS ini."

Post a Comment