Wanita UMNO hari ini mendedahkan terdapatnya usaha pihak tertentu mengubah daftar pengundi khususnya dari kawasan Parlimen yang majoritinya Melayu ke Parlimen lain tanpa pengetahuan atau kebenaran pengundi.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya menerima banyak laporan mengenai perkara itu yang melanda beberapa kawasan Parlimen termasuk di negeri ini.
Menurutnya, keadaan itu bertujuan mengurangkan dominasi atau majoriti pengundi Melayu di kawasan Parlimen oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Semakin banyak kita menerima maklumat seperti ini daripada Wanita Bahagian di beberapa Parlimen yang mengesan perkara ini ketika membuat pemeriksaan daftar pengundi dan mendapati pengundi sendiri tidak tahu tempat pengundian mereka diubah ke Parlimen lain," katanya.
Menurut Shahrizat, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengenal pasti punca berlakunya pemindahan daftar pengundi Melayu ke kawasan Parlimen lain tanpa pengetahuan pengundi.
Kata beliau, Wanita UMNO akan menyediakan laporan khas mengenai perkara itu selepas mendapat maklum balas daripada semua peringkat Bahagian sebelum mengemukakannya kepada Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Wanita UMNO mahu kumpulan individu ini dikenal pasti dan siapakah yang bertanggungjawab melakukannya kerana ia satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana mengubah pengundi dari Parlimen ke satu Parlimen lain tanpa kebenaran pengundi," kata beliau. - Utusan Malaysia
GHOSTWRITER : "KERJA DAPlaaa...Kerja sapa lagi... Melayu kerja lena jer!!"
Post a Comment