ANALISIS BN CUBA BAWA ISU TEKAN PAS KELANTAN, TAPI.....

UMUM tahu Gelombang Merah Barisan Nasional telah berkibar di seluruh negara. Di Kelantan juga tidak terkecuali, namun hakikat hasrat yang cuba dibawa umpama penyelamat kepada kerajaan PAS Kelantan. Segala isu yang diketengahkan ditangkis PAS Kelantan dengan cepat dan cara yang paling minimum kos serta berkesan.

Ladang Rakyat umpamanya, memang telah dengan jelas mengkayakan pelabur cina dari luar Kelantan seperti cina dari Singapura. Rakyat hingga kini masih meraba-raba, samar-samar dengan jumlah sebenar keluasan kawasan ladang rakyat yang telah diberikan kepada pelabur cina ini. Kemarahan rakyat dek kerana projek ladang rakyat telah menghapuskan hasil usaha tanaman oleh rakyat bagaikan terpadam apabila PAS Kelantan menjelaskan bahawa "Kerajaan PAS Kelantan tidak merampas tanah untuk dijadikan Ladang Rakyat, tetapi Kerajaan PAS ambil tanah tersebut dan bagi kepada rakyat".

Persoalannya, rakyat mana yang kerajaan PAS bagi tanah tew? Adakah untuk mengkayakan puak PAS? Bijaknya PAS menggunakan ceramah sebagai sumber untuk memberikan penjelasan cara PAS bagi mengaburi mata rakyat Kelantan yang umumnya terlalu taksub dengan PAS dan Nik Aziz.

Isu Bazar tok Guru pun sama. BN cuba untuk menjadi perjuang kepada rakyat dengan membawakan isu ini, Namun ianya umpama telah selesai kini walaupun dikatakan pembeli lot Bazar Tok Guru yang merupakan orang Kemboja telah membayar lebih bagi mendapatkan lot yang dikehendaki. PAS umpama orang mencuri ayam tidak salah, tapi kalu ayam curi itu tidak disembelih dihukumkan salah pula.

Jika disingkap juga dengan isu air yang diperjuangkan oleh BN. PAS dikatakan gagal menyalurkan air yang bersih. Ya memang betul. Namun apa jawapan PAS mengenai isu ini yang dijawab dalam Sinar Harian edisi Kelantan. "Ini semua politik balas dendam UMNO/BN rakyat kelantan hingga kini sensara dengan tidak mendapat bekalan air bersih".

PAS juga di Kelantan semakin bijak mencari pengganti lidah penyebar fitnahnya yakni Harakah. Umum tahu, Harakah hanya dibaca oleh toktok PAS. Harganya agak mahal dan banyak dihiasi iklan urut dan ubat batin. Harakah juga bukan terbitan setiap hari. Jesteru, PAS Kelantan membeli Sinar Harian bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat terutamanya di Kelantan. Segala penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan BN dijawab di Sinar Harian edisi Kelantan. Sinar Harian edisi Kelantan kini umpama alat propaganda PAS yang diterbitkan oleh KarangKraf.

Perjuangan perlu diteruskan, BN perlu bersatu diakar umbi jika betul mahu menawan Kelantan. Isu dah ada, cuma cara menyerang umpama sekadar melepaskan batuk di tangga. Jangan biarkan rakyat Kelantan menderita, dibawah Jajahan PAS yang buta, dengan UMNO diajak senggeta, dengan DAP dianggap sekepala, walau apapun melayu perlu sekata, jika tidak cina akan memerintah kita!!

Post a Comment