BERSIH untuk siapa?


Kami faham tujuan sebenar perhimpunan Bersih. Ia tidak lebih dari sekadar alat kosmetik untuk cover masalah peribadi pemimpin dan krisis dalaman parti.

Mereka guna nama BERSIH. Tapi sebenarnya amat kotor dan jijik. Semua benda mereka nak disalahkan. Sistem, kerajaan, peraturan. Semuanya salah belaka. Habis, apa yang betul?

1. Pada PRU 12, Pakatan Rakyat berjaya tawan 4 negeri di Semenanjung Malaysia.

2. PAS berjaya kekalkan pemerintahan di Kelantan sejak pilihanraya umum tahun 1990.

3. Pakatan Rakyat berjaya mengurangkan undi popular BN pada PRU12 dengan begitu drastik.

4. PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada BN pada pilihanraya kecil tahun 2009. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut memperolehi 32,833 undi untuk menewaskan calon UMNO yang mendapat 30,552 undi.

5. Wan Azizah letak jawatan ahli parlimen Permatang Pauh. Kemudian, dia beri jalan kepada Anugerah Syaitan Nirrojim untuk bertanding kerusi parlimen Permatang Pauh. Walaupun diberi saingan sengit, PKR tetap menang bergaya dengan menewaskan calon UMNO, Arif Shah Omar. Ironinya, kemenangan PKR itu disambut dengan majoriti lebih besar iaitu 15,671 undi berbanding 13,338 undi pada tahun 2008.

6. Pakatan Rakyat berjaya runtuhkan tembok BN dalam pilihanraya kecil Sibu. Calon DAP, Wong Ho Leng menang dengan majoriti 398.

7. Pakatan Rakyat berjaya memenangi 16 kerusi DUN dalam pilihanraya negeri Sarawak. DAP 12, PKR 3 dan Bebas 1.

Tuan-tuan, buka mata luas-luas. Lihat dan fahamilah tindak tanduk BERSIH. Tengok apa yang mereka telah capai dalam PRU12. Adakah sistem pilihanraya yang sedia ada ini kotor?

Percayalah. BERSIH hanya alasan karut untuk orang yang terdesak.

Petikan sumber Nasionalis1982

Post a Comment