Akhirnya kerajaan DAP Pulau Pinang terpaksa akur dengan titah Yang di-Pertuan Agung Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku ketua agama Islam negeri yang menggesa pilihan raya masjid ditangguhkan.
Pilihan raya yang dijadualkan bermula esok itu pada awalnya dicadangkan untuk memilih jawatankuasa kariah masjid di Pulau Pinang ditangguhkan dan semua jawatankuasa yang ada kekal sehingga Disember 2012.
Sebelum ini, masyarakat Islam Pulau Pinang membantah cadangan kerajaan DAP tersebut kerana dibimbangi pilihan raya yang diadakan itu akan memecah besahkan umat Islam di negeri tersebut.
Tambahan pulak, senarai mereka yang layak untuk mengundi tidak lengkap yang dikhuatiri hanya menimbulkan banyak masalah jika terus diadakan juga.
Keputusan tersebut dibuat selepas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Ellias Zakaria dititah mengadap Tengku Mizan di Istana Negara pagi Jumaat.
Sebelum itu, media melaporkan 4,485 calon telah menawarkan diri untuk mengisi 4,530 jawatan di 151 daripada 200 masjid di Pulau Pinang dalam pemilihan jawatankuasa kariah masjid yang pertama kali diadakan.
Sementara itu, walaupun pilihan raya masjid dibatalkan, namun kerajaan DAP Pulau Pinang akan cuba mencari helah lain dalam usaha mereka untuk memecah belahkan perpaduan orang Melayu di negeri itu.
Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Zabariah Wahab berkata, keputusan Yang diPertuan Agong berhubung pembatalan pilihan raya masjid itu tepat pada masanya kerana perkara telah menimbulkan pelbagai reaksi yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) .
“Pilihan raya masjid sememangnya tidak harus diadakan, lebih banyak keburukan daripada kebaikan, apa yang saya fahami pilihan raya itu lebih menjurus kepada kepentingan politik sesuatu pihak,” katanya dipetik dari umno-online.
Sumber AgendaDaily
Zabraiah berkata, beliau yakin kerajaan negeri akan mencari helah baru dalam usaha mereka untuk memecah belahkan perpaduan orang Melayu di negeri itu yang dilihat menyokong kuat Barisan Nasional.
“Lepas ini kita tak tahu apa pula helah yang akan dibuat oleh mereka untuk memecah belahkan perpaduan orang Melayu di Pulau Pinang, mereka pasti tidak akan berpuas hati dengan pembatalan pilihan raya masjid.
Beliau yang juga ADUN Bertam berkata selain cuba memecah belahkan orang Melayu, kerajaan negeri juga didapati bertindak berat sebelah dan hanya mengambil tindakan terhadap orang Melayu sahaja sedangkan kaum lain dibiarkan begitu sahaja.
Menurutnya, orang Melayu sering menjadi mangsa terutama di kalangan peniaga kecil dengan merobohkan gerai mereka sedangkan gerai kaum lain di kawasan berhampiran dibiarkan begitu sahaja.-17/6/2011
- Posted using BlogPress from my iPad
Home » Unlabelled » Pilihan raya masjid tangguh, menunggu helah baru DAP pecah belahkan umat Islam...
Pilihan raya masjid tangguh, menunggu helah baru DAP pecah belahkan umat Islam...
- on Friday, June 17, 2011
- No comments
Post a Comment