Namanya sebuah wacana.Sepatutnya semua hadirin duduk dengan tenang dan tertib mendengar penal bercakap.Namun kalangan penyokong Bersih yang hadir buat perangai macam sarkas.
Itulah halnya semasa wacana bertajuk : Apa Selepas 9 Julai yang dianjur oleh akhbar Sinar Harian di pejabatnya di Shah Alam petang Selasa yang menyaksikan pertama kali tampil bersemuka Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad wan Omar VS Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga.
Ini pertama kali mereka bersemuka sejak demo haram Bersih 9 Julai.
Turut sama menjadi ahli penal ialah penganalisis politik Dr Shamsul Amri Baharuddin.
Namun forum selama lebih dua jam untuk membolehkan hadirin mendapat input secara langsung dari penal mengenai isu yang hangat itu kebelakangan ini dicemari dengan sikap ‘ nak menang saja dan mereka betul semua’ kalangan penyokong Bersih yang hadir.
Maka majlis diselangi seli dengan tempikan boo segala macam hingga pada satu ketika Wan Ahmad yang nampak fedup secara menyindir berkata jika mereka ( pembangkang ) menang semua kerusi pilihanraya semuanya OK.- Sumber : AgendaDaily
- Posted using BlogPress from my iPad
Post a Comment