Tengku Razaleigh sedang merekrut ahli AMANAH?


Bekas Presiden Semangat 46 Tengku Razaleigh Hamzah kini sedang sibuk merekrut ahli-ahli UMNO yang cenderung ke arah bersamanya untuk menubuh Parti Baru. Parti yang diberi nama Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH)itu digembar-gemburkan sebagai sebuah NGO. Antara intipati AMANAH adalah Keadilan, Ketidaktelusan, Anti Penyelewengan, Pertahan Perlembagaan, Agama Bangsa dan Negara.

Melihat dari sudut kaca mata blogger, aku melihat penubuhan Parti/NGO ini umpama menggambarkan perpecahan menanti belah UMNO di Kelantan. Walaupun digembar gemburkan pada Februari 2011 yang lalu satu Gelombang Merah telah dilihat seperti berjaya menawar hati rakyat bagi menggulingkan kerajaan PAS Kelantan, hakikat sebenarnya UMNO Kelantan semakin nazak.

Masalah dalaman parti yang meruncing, dengan 'cah keting'nya dan perpecahan antara ahli sudah keterlaluan. Dan ini diakui oleh UMNO sendiri. Lantas apa yang dilakukan hanya mencoba untuk mengurangkan, namun hakikatnya yang aku nampak dengan tertubuhnya AMANAH ini bukti perpecahan yang ketara.

Bercakap mengenai perjuangan, Ketua Pemuda UMNO Kelantan sendiri mengakui bahawa dia umpama bergerak sendiri tanpa penyokong. Kenapa ini boleh berlaku?

Seperti penulisan aku sebelum ini, garapan aku adalah suasana landskap politik Kelantan sebenarnya bukan PAS mahupun parti lawan kuat, tetapi UMNO sendiri berpecah belah dan gagal menyelesaikan masalah dalaman parti mereka.

Lawatan PM baru-baru ini kononnya dilihat bahawa satu gembong telah berjaya dicipta. Puluhan ribu yang hadir kononnya rakyat Kelantan yang sudah sedar kesalahan memilih wakil mereka. Adakah ini petunjuk bahawa kebangkitan UMNO di Kelantan? Jawapannya mudah, Hapuskan masalah dalaman UMNO Kelantan, bukan kurangkan. Yang penting adalah perjuangan, bukan hanya menanti wang.
Kritikan membina dari blogger

Post a Comment