JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) - Hadapi tekanan hebat dari berbagai pihak yang berkepentingan kerana tindakan berani Penguatkuasanya terhadap Gereja DUMC. Ayuh kita zahirkan sokongan padu pada JAIS...kerana tindakan mereka demi Amar Makruf, Nahi Mungkar...Allahuakbar...Ini masanya kita pertahankan negara Islam, bukan negara berkebajikan...! Islam sudah melengkapi keseluruhannya....
1.Krisis kecelaruan pakatan terutamanya Parti PKR dan PAS dalam menangani isu 12 umat islam di dalam gereja DUMC menampakkan kepada kita akan kelemahan mereka dalam mempertahankan maruah islam.
2.Kronologi isu ini jelas menampakkan bahawa perkiraan bilangan kertas undi lebih didahulukan daripada menjaga hak dan maruah islam.
3.Khalid Ibrahim selang sehari selepas kejadian terus memohon maaf tanpa ada laporan lengkap di tangannya.
4. Manakala ahli parlimen shah alam, Khalid Samad nampak begitu keliru dalam membezakan perkara yang Hak dan sungguh kalut dalam menjuarai perkara teknikal isu 12 umat islam di gereja.
5.Membuat laporan polis terhadap pendedahan beberapa bloger pro umno jelas menunjukkan sikap kelam kabutnya dalam cubaan menjaga undi penyokong mereka.
6.Saya mengucapkan syabas di atas keberanian dan kebijaksanaan keseluruhan blogers pro umno dalam menangani isu besar ini. Meletakkan kepentingan akidah umat islam dan berani memangkah setiap gerak laku pimpinan pembangkang hingga menampakkan mereka kelihatan tempang adalah tindakan terpuji.
7.Tindakan Setiausaha Agung Pas menyalahkan umno yang kononnya menjadi dalang disebalik 'serbuan JAIS' adalah tuduhan melampau dan menampakkan kedangkalan mereka dalam menyelesaikan masalah.
8.Mudahnya stail politik mereka. Kerap menuding jari ke atas orang lain di atas kelemahan sendiri mungkin sudah boleh dijadikan signal kepada pengundi di atas pagar untuk menilai semula 'kuasa undi' anda pada PRU ke 13 nanti.
9. Pas sudah jauh terlanjur dalam memperjuangkan yang Hak dan Bathil. 3 tahun berlalu kita telah diperlihatkan akan beberapa siri keputusan Parti Pas yang nampak selalu tunduk kepada arahan DAP.
10. Mungkin istilah 'Dap Ganti Pas' sudah menampakkan kebenarannya.
Post a Comment