Ibu pejabat DAP Pulau Pinang yang disimbah cat merah empat hari lalu, sekali lagi menjadi sasaran dengan percubaan membakar bangunan itu. Kali ini beberapa dereta akhbar lama yang diletakkan di luar bangunan itu dinyalakan pada kira-kira jam 3 pagi.
ADUN Komtar Ng Wei Aik, yang menulis di Twitter berkata: “Ada orang cuba bakar HQ DAP Pulau Pinang sekitar bjam 3 pagi. Semua suratkhabar di luar HQ dibakar. Serangan kedua selepas empat hari.”
Ketika dihubungi, Ng berkata api berjaya dipadamkan oleh jiran-jiran di kawasan itu dan Jabatan Bomba kira-kira 20 minit kemudian. Tindakan mereka berjaya menghalang api daripada merebak ke bahagian lain bangunan itu.
Menurut Ng, bomba datang kira-kira 20 minit kemudian, setelah dihubungi oleh penduduk tempatan.
"Sebuah botol dijumpai tetapi kita tidak dapat menentukan sama suspek itu menggunakan minyak tanah untuk memulakan api itu. Bomba telah ambil botol itu untuk diuji,” katanya.
"Seorang jiran yang tinggal di hadapan bangunan nampak seseorang menaiki motosikal meninggalkan kawasan itu selepas api dinyalakan.”
Ng percaya kejadian itu bermotifkan politik dan DAP akan membuat laporan polis pagi ini.
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow iakan mengadakan sidang akhbar pada jam 10.30 pagi ini bagi memberikan butiran kejadian kepada media.
sumber MK
GHOSWRITER : "Kalu tiada angin, masakan pokok bergoyang?"
Post a Comment