Tetamu Online

Monday, August 8, 2011

PAS Lebih Percayakan DAP dari Hasan Ali?


KUALA LUMPUR: PAS membuat keputusan berjumpa secara terus dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi mendapat maklumat lanjut berhubung isu serbuan terhadap gereja berkenaan pada Rabu lalu.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu dan Kemudahan Awam kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berhubung tindakannya mempertahankan serbuan JAIS selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis makan malam di gereja berkenaan adalah tidak mencukupi. 
Sehubungan itu, katanya, setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali diarahkan berhubung dengan pihak berkenaan untuk menetapkan tarikh pertemuan yang akan ditentukan kemudian.“Kita buat keputusan untuk turun ke medan, PAS akan minta bertemu dengan JAIS dan gereja secara langsung untuk minta penjelasan. 
Kita tak boleh dengar penjelasan daripada Dr Hasan saja, kena berlaku adil.  
“Penjelasan dari beliau (Hasan) tidak cukup, laporan media (berhubung isu serbuan gereja itu) juga tidak cukup dan tidak boleh dipercayai. “Sebab itu kita kena dapat penjelasan langsung dari JAIS dan gereja,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di sini, semalam.

MRGHOSTWRITER : "Mansuh je Parti PAS, Nik Aziz dan sekutunya join DAP, mudah. Sudah terang lagi bersuluh, Terang2 PAS memang bertindak atas arahan DAP. Boneka yang mudah diperalatkan.."

2 comments:

pelik tapi benar tapi ini riality,parti yg memperjuang agama islam mudah tunduk pada agama lain demi kepentingan politik.wahai pihak pas politik ni untuk dunia je,bila kita meninggal dunia semuanya tinggal hanya yg kita bawak dalam kubur kain kapan.untuk bekalan kita menghapai allah ialah amalan ibadat kita,sedakah kita dan anak yg solih yg akan mendoakan kita nanti.tolong perjuangkan agama islam kita.YAB TG Nik Aziz YB Tuan guru HJ Hadi Awang jangan le jadi kuda tunggangan DAP.YAB TG Nik Aziz selalu mengeluarkan fatwa ,nas dan hadis kenapa tak mempersolkan pekara ini.ini menuding jari pada org lain pulak .YAB TG Nik Aziz sebagai masidul am pas apa dah jadi skg ni,perjuangkan agama islam dgn sepenohnya.

Kegagalan Pas Pertahan Exconya Amat Memalukan

Post a Comment

Aku mengalu-alukan komen yang memberikan tumpuan kepada isu dan menggunakan bahasa yang baik; aku bagi ruang korang nak komen, komenla, aku tidak akan padam, tapi kalau nak tembak aku, korang letak nama atau nama blog atau email, ble?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More