Bajet 2012 Harapan Rakyat Bawah, Tengah & Elit

Bajet 2012 dilihat satu fenomena penting yang membuktikan setakat mana transformasi yang cuba dibawakan oleh DS Najib. GTP yang dilaungkan perlulah selari dengan kehendak rakyat yang semakin bijak menilai dan pantas mendapat info dihujung jari mereka.



Namun apakah harapan rakyat terhadap bajet 2012? Bagi rakyat yang berada di bawah, mereka hanya mampu meminta satu bajet yang dapat menyerap kos sara hidup yang tinggi kini. Tidak dapat dinafikan, kerajaan BN yang dilihat elit itu turut memberikan perhatian berkenaan perkara ini. 

Namun apakah pula harapan rakyat yang berada dipertengahan? Golongan ini dahulunya majoroti datang dari kelas bawahan juga. Namun dari usaha Kerajaan BN, mereka bangun dan kini mampu hidup selesa. Mereka mahukan hidup mereka lebih selesa dari ini. Bagi mereka gaji yang diterima haruslah setimpal dengan apa yang mereka perlu berbelanja. Jika tidak pastinya mereka juga akan menjadi golongan di bawah. 

Satu lagi rakyat Malaysia yang elit, Apakah harapan mereka terhadap bajet 2012? Bagi golongan ini, ada yang tidak kisah sangat dengan naik turunnya harga barang di negara ini. Bagi mereka, mahal murah mereka mampu dapatkannya. Mereka lebih rela menjadi penentang kepada kerajaan BN. Kenapa?

Jika dikaji, banyak golongan elit dan berpelajaran tinggi kini umpana kacang lupakan kulit. Mata mereka kami dah cukup dengan apa yang ada. kami mahukan pembaharuan kerajaan. Cukuplah pemerintahan kini, kerana bagi mereka apa yang mereka ada kini adalah hasil mereka sendiri, tanpa ada sedikit pun sumbangan pemimpin negara kini dalam kejayaan mereka.

Jiwa mereka tidak tenang, mahukan 'BERSIH' bagi kerajaan sedia ada. Apa yang dibuat hanyalah bagi mendapat sesuatu yang baru. Yang belum pernah mereka miliki. Kerajaan sekarang telah banyak cacat dan cela, Pakatan Rakyat nafas baru buat negara. Tanpa memikir hak rakyat yang bakal menderita. Perjudi masa depan jika negara diberi kepada mereka.

Bangunlah bangsaku, sokonglah apa yang ada. Jangan lupa bersyukur kepada Allah SWT. Kerana Islam masih terbela. Ada masjid masih boleh berkumandang azan sini dan sana. Jangan sampai semua ini senyap dek kerana untung nasib kita. Mengundi PRU13 kita bagi kepada yang hak saja. 

Dan rumus yang bertiup kencang buat penjawat awam, Khabarnya bermula Januari 2012 juga akan ada pelarasan Gred. Nama saja pelarasan Gred, tetapi yang sebenarnya semua kakitangan awam dari Gred 1 sampailah ke JUSA akan dapat kenaikan gaji. 

Buat Geng Pakatan, tentunya, apa jua yang bakal diumumkan nanti, semuanya tidak kena. Kerana tugas mereka hanyalah satu memastikan rakyat keliru dengan apa yang kerajaan buat. Buat rakyat, fikirlah dengan fikiran yang matang. Apakah kita perlu percaya dengan auta PEMBANGKANG? 

Post a Comment