PAS : Dimana Hilangnya Negara Islam?



Benarkah PAS tidak lagi menyebut ingin menubuhkan Negara Islam?
Benar. Hal ini berikutan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini berbunyi seperti berikut, “Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan” – Hadi Awang, Presiden PAS.

Kenyataan Hadi ini sebenarnya memperlihatkan betapa selama ini retorik & laungan jihad PAS untuk menubuhkan negara Islam bagi menggantikan kerajaan BN yang dikatakan sekular itu tidak lebih sekadar umpan politik dan gula-gula untuk menarik sokongan orang Islam terutama masyarakat di kampung dan para pemuda Islam di merata ceruk negara.

Selama 60 tahun PAS melaungkan konsep negara Islam hingga berjaya menarik sokongan ramai umat Islam akhirnya kini harapan tinggal harapan. Segalanya hanyalah janji manis sekadar untuk menarik undi sahaja bukannya ikhlas dan istiqamah demi kewujudan sebuah negara Islam sebagaimana dilaungkan dalam ceramah-ceramah politik.

Dek kerana janji PAS untuk laksanakan Negara Islam itulah maka pengikut PAS yang taksub begitu yakin mengkafirkan ramai ahli dan penyokong UMNO. Dek kerana laungan perjuangan negara Islam itulah pakcik makcik dan muda mudi yg berjiwa Islam sanggup berkorban wang ringgit dan masa demi menggapai cita-cita wujudnya Negara Islam sebagaimana kerap diwar-warkan oleh pemimpin PAS.


Nizar Jamaluddin, bekas MB Perak dikatakan pernah berbohong dengan menafikan PAS pernah memperjuangkan penubuhan negara Islam. Apakah ucapan beliau yang disifatkan sebagai berbohong itu?
Nizar Jamaluddin pernah sewaktu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak sebelum ini telah secara tidak langsung menafikan bahawa PAS pernah berjanji mahu menubuhkan sebuah Negara Islam. Beliau mengucapkan kata-kata seperti berikut, “di manakah… dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan Negara Islam.. Saya mintak pandangan dan mintak jawapan.. di manakah dalam transkrip dalam memorandum ke, dalam perlembagaan PAS sendiri ada menyatakan PAS nak melaksanakan Negara Islam?”

Mari kita imbas beberapa kenyataan pemimpin PAS berkaitan betapa istiqamahnya PAS untuk memperjuangkan kewujudan sebuah Negara Islam ala PAS. Betapa hipokritnya golongan yang mengaku Islamik dan alim ini bilamana lidahnya laju menutur kata dan janji di pentas ceramah, laungan keras bersemangat meminta rakyat menyokong gagasan perjuangannya, namun akhirnya terkulai gara-gara ingin menjadi liberal demi mengejar kuasa duniawi;

“Negara Islam mesti menguat kuasakan hukum Islam tapi ia belum dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan pusat dan PAS akan terus memperjuangkan”, YAB. Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Berita Minggu, 12 Ogos 2001).


“Ya, memang matlamat kami mewujudkan negara Islam”, bekas Presiden PAS, Dato’ Fadzil Noor (Harakah, 16 April 1999).


“BN terlambat dan tiada matlamat dalam menjadikan Malaysia negara Islam kerana dasar dan undang-undang tubuhnya tidak mempunyai tujuan dan matlamat ke arah itu,” Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (Berita Harian, 28 Jun 2001).


“PAS tetap akan menubuhkan negara Islam sekalipun ditentang oleh DAP jika pakatan pembangkang berpeluang memenangi pilihan raya umum akan datang,” Dato’ Nik Aziz Nik Mat (Utusan Malaysia, 30 Julai 2001).


“PAS sedia menggugurkan slogan mewujudkan negara Islam sebagai bukti tolak ansurnya dengan mana-mana parti politik yang ingin bekerjasama dengannya”, Dato’ Nik Aziz Nik Mat (Berita Harian, 25 Jun 1999).


“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam”, Dato’ Nik Aziz Nik Mat (Berita Harian 12 Mei 1999).


Pelancaran Dokumen Negara Islam (DNI) ala PAS dijanjikan secara ‘blueprint’ dan dilancarkan pada 12 November 2003 oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Haron Din serta dirasmikan oleh Hadi Awang.

Post a Comment