BUKTI JELAS : MALAYSIA MEMANG SEBUAH NEGARA ISLAM, BUKAN ISLE


Status dan Kedudukan Istimewa Agama Islam di Malaysia

• Kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara telah memberikan pelbagai bentuk keistimewaan kepada agama dan umat Islam untuk kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai kemajuan Islam.

• Kerajaan telah meninggikan martabat Islam dengan melantik seorang Menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri bagi melaksanakan tanggungjawab berhubung hal ehwal Islam.

• Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Undang-undang Syariah dan Sivil. Jawatankuasa ini memantau perundangan Negara, jika ada undang-undang sivil atau peraturan yang bertentangan dengan syariah, maka undang-undang sivil atau peraturan itu akan dibatalkan.

• Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dengan seorang Ketua Pengarahnya telah ditubuhkan.

• Mahkamah Syariah pula diwujudkan di tiga peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

• Kerajaan telah meninggikan syiar Islam dengan melaksanakan penerapan nilai-nilai Islam dalam semua bidang kehidupan sejak Merdeka.

Antaranya ialah;
a. Tilawah al-Quran yang mendapat sambutan baik dari seluruh dunia, kini menjadi acara tahunan dalam kalendar rasmi negara.

b. Akta Pelajaran 1961 menetapkan subjek Agama Islam mesti dimasukkan ke dalam jadual waktu pelajaran biasa bagi murid-murid beragama Islam di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan selama 120 minit seminggu. Guru-guru agama juga dilantik bagi mengajar subjek itu.

c. Silibus subjek agama Islam bagi sekolah rendah dari Tahun 1 hingga Tahun 6 mengandungi bab aqidah, ibadat, akhlak, sejarah rasul dan bacaan al-Quran.

d. Bagi sekolah menengah pula (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6), silibus subjek agama Islam meliputi Tauhid, Fiqah, Sejarah Islam, ayat al-Quran dan Hadis.

e. Minuman arak dilarang dalam majlis-majlis rasmi dan jamuan negara dan juga di mes-mes pegawai polis dan tentera.

Post a Comment