Bapak Syaitan Badrul Amin dapat Cuti sebulan selepas KANTOI!

Ustad PKR dan PAS mana ada kelas..jauhi sekali memahami hukuman Islam yg ideal. Temberang dan buat auta bolehlah ustad Badrul ni. Dah bini tiga masih tak puas lagi ke. Banyak janda dan anak dara..boleh dipilih, kenapa cari bini orang. 3 pagi dalam bilik hotel...siapa kata tak buat apa? Malaikat ke si Badrul ni.

Pejabat Menteri Besar Selangor mengarahkan ketua penerangan kerajaan negeri Dr Badrulamin Bahrom supaya bercuti selama sebulan sehingga dakwaan beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sebuah hotel di Kuantan, Sabtu lalu diselesaikan.
“Kerajaan negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau,” petik kenyataan itu.
Bernama yang memetik Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz pada laporannya dua hari lalu berkata seorang pemimpin PKR ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kuantan oleh pasukan penguatkuasa JAIP.
Mohd Ghazali bagaimanapun enggan mengulas lanjut penangkapan pemimpin PKR itu tetapi menurut laporan itu, lelaki berkenaan pernah menggelarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi.
Ketua cabang PKR Sabak Bernam itu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila pada satu ceramahnya, beliau seolah-olah menyamakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Imam Mahdi.
Beliau bagaimanapun dalam satu kenyataan media menafikan bahawa beliau ditangkap khalwat dan mendakwa laporan media tersebut adalah tidak benar.
Malah, menurut Badrulamin, beliau beranggapan bahawa kejadian itu merupakan satu tindakan terancang untuk memerangkap dan mengaibkan dirinya.
Kenyataan dari Pejabat Menteri Besar itu juga berkata kerajaan negeri telah menerima penjelasan dari pegawainya itu.
Sehubungan itu, ia juga mendesak pihak JAIP melakukan siasatan secara telus, adil dan professional demi menjaga maruah Badrulamin sebagai seorang muslim sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.
“Sepanjang tempoh bercuti ini, tugas-tugas beliau sebagai ketua penerangan kerajaan negeri Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar yang diketuai oleh setiausaha akhbar menteri besar,” petik kenyataan itu lagi.
Kerajaan Negeri Selangor juga menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal berkenaan kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan.

Post a Comment