BUAT AHLI PAS dan MELAYU PR : Jom Kenai DAP!!

1. Bilakah parti Parti Tindakan Demokratik/Democratic Action Party (DAP) di tubuhkan.?
Pada 18 Mac 1966.

2. Siapa pemimpin DAP ketika ini.?
Seperti berikut:
• Karpal Singh (Pengerusi)
• Lim Guan Eng (Setiausaha Agung)
• Lim Kit Siang (Pemimpin di Parlimen)

3. Di mana alamat ibu pejabat DAP.?
No 24, Jalan 20/9, Paramount Garden, 46300 Petaling Jaya, Selangor

4. Apakah ideologi DAP.?
DAP terkenal dengan konsep "Malaysian Malaysia" (Malaysia untuk semua rakyat Malaysia).
Parti ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysian Malaysia yang bebas, berunsur sosialisme demokratik, berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia, hak sama rata, keadilan sosial dan ekonomi, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen. Bentuk sosialisme yang menjadi pilihan DAP ini adalah sosialisme sederhana yang bersifat anti-komunis dan anti-kapitalis, dan berdasarkan atitud tidak memihak kepada mana-mana pengaruh kuasa besar dunia sama ada blok Barat ataupun blok Timur.
Pengisytiharan Setapak telah dilakukan pada mesyuarat agung pertama DAP pada 29 Julai 1967 yang membentangkan hala tuju perjuangan DAP.

5. Adakah DAP mempunyai kaitan dengan penggabungan antarabangsa.?
Terlibat dengan sosialis antarabangsa.

6. Adakah DAP sebuah parti yang boleh dianggotai oleh pelbagai kaum.?
Parti Tindakan Demokratik (DAP: Democratic Action Party) ialah sebuah parti politik Malaysia yang berbentuk pelbagai kaum.

7. Di mana kubu kuat DAP.?
Kubu-kubu kuat parti DAP dari segi sokongan rakyat ialah Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

8. Adakah DAP terlibat dalam pakatan parti pembangkang.?
DAP merupakan salah satu daripada tiga parti pembangkang utama di Malaysia selain parti PKR and PAS dan ketiga-tiga parti ini mewakili Pakatan Rakyat. Kesepakatan DAP dalam Pakatan Rakyat memberikan rakyat Malaysia satu alternatif politik yang konon mantap dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Malaysia keseluruhannya.

9. Bagaimana DAP menyebarkan misi dan visi parti.?
Antaranya menggunakan akhbar internet (dalam Bahasa Malaysia) iaitu Roketkini.com dan akhbar rasmi parti, Roket yang diterbitkan buat pertama kali pada Ogos 1966.

10. Apakah perkara mengenai DAP yang telah tersedia dipaparkan dalam media.?
Seperti berikut (boleh didapati dalam wikipedia DAP):
• 1 Sejarah penubuhan
• 2 Tabung Amanah Sosialis Demokratik
• 3 Kebangkitan Lim Kit Siang
• 4 Pengunduran Devan Nair
• 5 Mesyuarat Agung DAP pertama
• 6 Pemimpin DAP ditahan ISA
• 7 Pakatan pembangkang 1969
• 8 Pilihan raya 1978
• 9 Pilihan raya 1990
• 10 Pilihan raya 1995
• 11 Pilihan raya 1999
• 12 Pilihan raya 2004
• 13 Pilihan raya 2008
• 14 Struktur ahli DAP dan eksekutif
   14.1 Ahli DAP yang berada dalam Parlimen Malaysia ke-12
• 15 Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Perak
• 16 Letak jawatan
• 17 Rujukan

11. Apakah Sejarah penubuhan DAP.?
Seperti berikut:
• DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu 
• Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura, telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia.
• Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama.
• Pada Ogos 1966, lidah rasmi parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kali.
• Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia.
• Pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP.
• Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendaftar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan.
• Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan.
• Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia.
• Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Sosialis Antarabangsa (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland.
• Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan. Dr Chen Man Hin selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.

12. Bagaimana DAP mendapat sumber kewangan untuk membiayai aktiviti parti.?
Hasil usaha Devan Nair, DAP menubuhkan Tabung amanah Sosialis Demokratik yang dinamakan Tabung Amanah Sosialis Demokratik pada 19 April 1966 dengan tujuan menyokong kewangan parti dalam pilihan raya dan memenuhi harapan dan aktiviti sosialisme demokratik.
Ahli Jawatankuasa tabung ini ialah Devan Nair, Chen Man Hin, Goh Hock Guan dan Dr Seevaranam. Masyarakat Cina bandar adalah penyumbang utama tabung ini.
Ekoran itu juga banyak cawangan DAP ditubuhkan di seluruh negara kerana mempunyai kewangan yang kukuh.

13. Bilakah kebangkitan Lim Kit Siang.?
Bermula sebagai pembantu kepada Devan Nair. Namanya terus popular kerana lantang mengkritik dasar lemah lembut yang diamalkan oleh MCA. Lim kit Siang muncul dalam surat-surat khabar Cina pada 20 Mei 1967 dan sejak itu bidasan-bidasan Lim Kit Siang terhadap dasar patriotik MCA tersiar dalam kebanyakan surat khabar Cina.
Lim Kit Siang selaku ahli Exco DAP telah menggunakan Rocket mengecam MCA yang konon dikatakan mengikut telunjuk UMNO.
Lim Kit Siang mahu Malaysia mengamalkan dasar 'Malaysian Malaysia' iaitu satu dasar yang selaras dengan prinsip sosialis.
Lim Kit Siang berpendapat konon masalah masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum , tidak bersatu dan miskin hanya dapat diselesaikan melalui dasar ini. Masyarakat Cina bandar amat tertarik dengan slogan yang diwar warkan oleh Lim Kit Siang ini dan dibuktikan melalui Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Lim Kit Siang menang di parlimen Kota Melaka pada 1969.
Sehingga hari ini, Lim Kit Siang mempunyai kedudukan yang berpengaruh dalam DAP dan tidak dicabar oleh mana-mana pemimpin DAP bagi jawatan Setiausaha Agung DAP.

14. Siapakah Devan Nair dan apakah kaitan Devan Nair dengan politik Singapura.?
Devan Nair merupakan ahli parlimen tunggal PAP di kawasan Bangsar, Selangor , berdekatan dengan Kuala Lumpur . Apabila beliau menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1964 , Devan Nair telah menetap di Kuala Lumpur.
Pada 30 Julai 1967, Devan Nair menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Agung DAP dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kebangsaan DAP. Majlis terpaksa menerima keputusan Devan Nair dan setuju melantik Naib Setiausaha Agung memangku jawatan Setiausaha Agung.
Sebenarnya Devan Nair tidak berhasrat tinggal lama di Malaysia. Beliau telah dijemput oleh Lee Kuan Yew untuk menjadi Presiden Singapura . Tawaran itu diterima oleh beliau walaupun beliau dilahirkan di Melaka.

15. Siapakah orang Melayu pertama menyertai DAP.?
Daing Ibrahim yang dipilih sebagai Naib Setiausaha Kedua

16. Adakah pemimpin DAP pernah ditahan kerana terlibat dalam kegiatan yang mengancam keselamatan.?
Pernah beberapa kali ditahan seperti berikut:
• Lim Kit Siang dan lain-lain pemimpin DAP ditahan oleh polis dan sesetengahnya ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pada 1969 Lim kit Siang ditahan tanpa bicara selama 18 bulan di bawah ISA.
• Pada 1979 sekali lagi beliau ditahan kerana mendedahkan perjanjian senjata antara kerajaan Malaysia dengan syarikat Switzerland.
• Pada tahun 1987, Lim Kit Siang dan lain-lain telah ditahan dalam 'Operasi Lalang' selama dua tahun kerana mengancam keselamatan negara.

17. Bagaimana peranan DAP dalam PRU 1969.?
Seperti berikut:
• DAP lebih bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Pemimpin DAP bersetuju bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina pakatan bagi menghadapi Perikatan.
• DAP telah bekerjasama dengan secara langsung dan tidak langsung dengan parti Gerakan, Parti Progresif Rakyat dan PAS tentang pembahagian kerusi semasa pilihan raya 1969.
• Prinsip yang dipakai ialah hanya satu calon pembangkang berlawan dengan Perikatan. Dato’ Mohd Asri selaku Presiden PAS bersedia bekerjasama dengan DAP telah mengejutkan tokoh-tokoh politik.
• DAP telah meletakkan 23 calon parlimen dan 48 calon untuk Dewan Undangan Negeri .
• Hasil kerjasama pembahagian kerusi ini cukup menguntungkan DAP kerana DAP berjaya merebut 13 kerusi Parlimen dan 31 buah kerusi Dewan Undangan Negeri.
• DAP memperolehi 11.9 peratus daripada jumlah undi sah yang dibuang dan merupakan pencapaian yang cukup membanggakan.
• Hasil pakatan haram DAP dan PAS ini menyebabkan Perikatan gagal mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang dan gagal membentuk kerajaan mutlak di Perak dan Selangor.
• Parti Gerakan ( sewaktu itu pembangkang) telahpun mengadakan kerjasama dengan PAS.

18. Bagaimana kerjasama DAP-PAS dalam pilihan raya 1978
Seperti berikut:
Kerjasama antara DAP dan PAS diadakan secara tidak langsung . Biasanya PAS akan bertanding sebagai pemecah undi di kawasan majoriti pengundi bukan Melayu.
Dikatakan pengundi Melayu akan mengundi calon PAS. Pengundi Cina terpaksa memilih calon DAP atau calon MCA. Biasanya calon DAP lebih beruntung.
Dalam pilihan raya 1978, parti PAS 'menghadiahkan' kawasan parlimen Damansara , Bukit Mertajam dan Beruas serta DUN Gopeng kepada DAP. DAP pula membantu PAS memdapatkan kawasan Kuala Kurau di Perak.

19. Bagaimana kerjasama DAP-PAS dalam pilihan raya 1990.?
DAP telah berpakat dengan parti pembangkang seperti Semangat 46, PSRM, HAMIM dan PAS. Tetapi kerjasama ini tidak begitu berjaya kerana perbezaan ideologi yang ketara antara DAP dengan PAS dan Semangat 46. Pemimpin PAS dan DAP sering berdolak-dalik dalam menentukan hubungan yang bakal dimetri menjelang pilihan raya.

20. Bagaimana kerjasama DAP-PAS dalam pilihan raya 1995.?
Dalam pilihan raya 1995, DAP menang 9 kerusi Parlimen dan 11 kerusi DUN. Kerjasama DAP-PAS hampir tidak kelihatan.

21. Bagaimana kerjasama DAP-PAS dalam pilihan raya 1999.?
Dalam pilihan raya 1999 , pengundi Cina tidak dapat menerima kerjasama antara DAP dengan PAS sungguhpun sesetengah tempat berlaku perlawanan satu lawan satu di antara BN dengan DAP atau BN dengan PAS dan PKN. Akibatnya DAP hanya mendapat 10 kerusi parlimen sahaja. Selain itu, disebabkan pengundi Cina bersetuju dengan usaha pembangunan pesat yang dijalankan oleh BN dan mahu ia diteruskan. Lim Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kubu kuat mereka di Pulau Pinang. Dalam masa yang sama PAS ketika ini mengambil kesempatan daripada masalah dalaman UMNO untuk menunjukkan ia mampu memikat pengundi Melayu.
Lim Kit Siang dikalahkan pertama kali dalam pilihan raya umum 1999 sejak beliau bertanding dalam pilihan raya.

22. Bagaimana kerjasama DAP-PAS-PKR dalam pilihan raya 2004.?
Pilihan raya 2004 menyaksikan DAP menang di 12 kawasan Parlimen. Lim Kit Siang menang mudah di kawasan Ipoh Timur. Begitu juga dengan Karpal Singh di Pulau Pinang.

23. Bagaimana kerjasama DAP-PAS-PKR dalam pilihan raya 2008.?
DAP ketika ini diketuai Setiausaha Agung, Lim Guan Eng. Lim merupakan anak kepada Setiausaha Agung sebelumnya, Lim Kit Siang. DAP dan PAS akur dengan cadangan Anwar Ibrahim selaku penasihat Parti Keadilan Rakyat agar hanya satu calon pembangkang bertanding menentang Barisan Nasional.
Sejak 1995 , matlamat DAP lebih realistik iaitu mengurangkan majoriti 2/3 yang dibolot oleh Barisan Nasional. Projek Tanjung I, II dan III gagal menguasai Pulau Pinang malah sokongan pengundi Cina terhadap DAP semakin merosot di Pulau Pinang.

24. Mengapa DAP begitu mudah menerima kerjasama dengan PAS dan PKR.?
Seperti berikut:
• Matlamat DAP ialah untuk menyaingi MCA malah juga untuk menyaingi UMNO yang merupakan wakil politik Melayu. Atau dengan lain perkataan, DAP ingin menjadi pemerintah negara ini menggantikan UMNO. 
• PAS dan PKR telah dijadikan alat untuk melemahkan UMNO bagi mencapai cita-cita besar DAP melaksanakan Dasar “Malaysian Malaysia” setelah dapat memerintah.

25. Siapakah Ahli Parlimen DAP ketika ini.?
Ahli DAP yang berada dalam Parlimen Malaysia ke-12 adalah seramai 29 orang seperti berikut:
• Pulau Pinang
o P43 - Bagan - Lim Guan Eng
o P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng
o P46 - Batu Kawan - P.Ramasamy
o P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong
o P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow
o P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun
o P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh
• Perak
o P60 - Taiping - Nga Kor Ming
o P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang
o P65 - Ipoh Barat - M.Kulasegaran
o P66 - Batu Gajah - Fong Po Kuan
o P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham
o P76 - Teluk Intan - M. Manogaran
• Selangor
o P102 - Serdang - Teo Nie Ching
o P103 - Puchong - Gobind Singh Deo
o P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee
o P110 - Klang - Charles Anthony Santiago
• Wilayah Persekutuan
o P114 - Kepong - Tan Seng Giaw
o P117 - Segambut - Lim Lip Eng
o P120 - Bukit Bintang - Fong Kui Lun
o P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim
o P123 - Cheras - Tan Kok Wai
• Negeri Sembilan
o P128 - Seremban - John Fernandez
o P130 - Rasah - Loke Siew Fook
• Melaka
o P138 - Kota Melaka - Sim Tong Him
• Johor
o P145 - Bakri - Er Teck Hwa
• Sabah
o P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew
• Sarawak
o P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen
o P212 - Sibu - Wong Ho Leng

26. Apakah benar DAP mempunyai pemimpin majmuk.?
UMNO sering menggambarkan DAP sebagai parti yang pro-Cina kerana dikatakan jawatan utama parti dikuasai oleh ahli politik Cina. Bagaimanapun DAP mendakwa parti itu sebuah parti kononnya majmuk dengan memberikan contoh pemimpin-pemimpinnya berbilang kaum seperti berikut:
Cina (misalnya Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng dan Ketua Parlimen untuk parti Lim Kit Siang)
India/Sikh (Pengerusi parti Karpal Singh dan timbalannya M. Kulasegaran)
Melayu (Naib Pengerusi parti ialah Tunku Abdul Aziz, salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Tingginya ialah Ahmad Ton dan setiausaha politik kepada Setiausaha Agung parti ialah Zairil Khir Johari, anak kepada bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Mohamed Khir Johari).

27. Apakah peranan pemimpin Melayu dalam DAP.?
Beberapa andaian telah dibuat tentang peranan pemimpin Melayu dalam DAP, antaranya seperti berikut:
• Untuk memikat sokongan orang Melayu kepada DAP.
• Menggadai nasib bangsa Melayu kepada kaum lain. Misalnya membuka tanah FELDA untuk bukan Melayu. Membuka peluang belajar sama rata antara kaum di UiTM dan sebagainya.
• Membantu merealisasikan cita-cita DAP (diandaikan DAP itu bukan Melayu) untuk mengambil alih menjadi ‘Tuan’ dalam negara ini atau setidak-tidaknya turut diberikan hak istimewa yang tercatat dalam perlembagaan seperti diperolehi oleh orang Melayu.
• Membantu DAP (diandaikan bukan Melayu) untuk menindas orang Melayu termasuk dalam peluang-peluang perniagaan, pemberian lesen dan sebagainya.
• Melemahkan syiar dan syariat Islam kerana keahlian DAP 99 peratus adalah bukan beragama Islam.
• Membantu DAP untuk menjadikan Kristian Agama Rasmi.
• Mengganggu-gugat peranan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Negara dan Negeri di mana sejarah menunjukkan wakil rakyat DAP (terdiri daripada kaum Cina) sering melakukan perbuatan biadab kepada Tuanku. Oleh itu jika DAP dapat menubuhkan kerajaan, maka kebiadaban mereka akan berleluasa.

28. Apakah prestasi DAP ketika ini dan adakah wakil rakyat mereka terdiri daripada orang Melayu.?
Seperti berikut:
• Berjaya bekerjasama dengan PAS dan PKR dalam pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang Yang diketuai Lim Guan Eng dari DAP dan Perak.
• DAP mencapai pencapaian tertinggi pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 ketika berjaya menembusi kubu kuat BN di Pulau Pinang. DAP berjaya menewaskan Gerakan di semua parlimen yang ditandingi parti komponen BN itu.
• DAP memenangi kerusi DUN di Pulau Pinang(19), Perak (18), Selangor(13), Negeri Sembilan (10) , Melaka(5), Johor (4), Pahang (2), Kedah (1) dan Sabah (1).
• Tiada wakil rakyat Melayu DAP yang menang pilihan raya tersebut. Hanya Tunku Abdul Aziz (Naib Pengerusi DAP) dilantik sebagai senator mewakili DAP.

29. DAP didakwa sedang menyusun langkah untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri, benarkah.?
Benar. Hal ini berdasarkan kesediaan parti DAP melebarkan jaringnya di kawasan majoriti Melayu. Sebuah NGO Melayu, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) mendakwa tindakan DAP yang mahu bertanding lebih banyak kerusi di kawasan majoriti Melayu bertujuan untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri (PM). Walaupun memperolehi sokongan maksima masyarakat Cina namun itu masih belum cukup untuk mereka memenangi kerusi bagi mengambil alih kerusi Perdana Menteri.

30. Apakah sebab DAP ingin bertanding di kawasan PAS (majoriti Melayu) dan PKR (campuran kaum).?
Berpunca daripada kemerosotan mendadak pengaruh PAS dan PKR di kawasan berkenaan berpunca daripada dasar perjuangan PAS dan PKR kini seolah-olah tidak lagi memperjuangkan daulah Islam dan nasib Melayu. Oleh itu kedua-dua parti ini dilihat DAP tidak mampu untuk mengekal kerusi yang mereka ada sekarang.

31. Bagaimana cara DAP untuk merealisasikan agar pemimpin mereka menjadi Perdana Menteri.?
Alternatifnya adalah untuk DAP meletakkan calon Melayu. Dengan formula ini, DAP berharap sokongan kaum Cina kekal dan pada masa yang sama sokongan daripada kaum Melayu bertambah yang akhirnya akan memenangkan calon mereka.
Secara halusnya sebenarnya DAP sedang mengadaptasikan cara parti PAP (Parti Tindakan Rakyat) menguasai kerusi Melayu di Singapura sejak tahun 1965. Formula PAP akan digunapakai oleh DAP untuk menguasai politik negara ini.
Sebelum ini, beberapa pemimpin DAP mengatakan parti itu berhasrat meletakkan lebih ramai calon Melayu bertanding di kawasan majoriti Melayu dalam pilihan raya umum akan datang.

Post a Comment