18 Februari 2012 : Seharian aku ke Sekolah Menengah Long Jaafar untuk memantau sendiri proses pemberian BR1M oleh Ketua Bahagian UMNO bagi DUN Pasir Tumbuh. Keseluruhannya melibatkan lebih 1000 penerima dengan anggaran kos RM500 ribu lebih. Inilah hasil pantauan aku untuk dikonsi bersama semua pembaca.
8.30 pagi - 10.30 pagi : Kaunter pendaftaran dibuka berdekatan kantin sekolah. Proses pendaftaran aku lihat memang cantik. (Ini semua tanggapan awal). setiap kaunter yang dibuka mengikut number bagi memudahkan pendaftaran. Di sini aku lihat semua orang beratur dengan penuh sabar. Kaunter pendaftaran ini tidak boleh diwakilkan, kerana memerlukan cap jari penerima.
10.30 pagi : (Terpaksa menapak lebih kurang 500 meter ke Dewan Sekolah Menengah Long Jaafar) Disini aku melihat, bagaimana orang tua dan OKU terpaksa berjalan jauh. Bukan takat itu jer, orang tua yang bertongkat (terketar-ketar) pun terpaksa berjalan jauh untuk ke dewan. Sampai di dewan, ingat terus menerima BR1M. Jangkaan aku salah. Orang tua dan OKU ini terpaksa menunggu sehingga jam 12.30 tengah hari untuk menerima BR1M. Sementara menunggu 2 jam, semua penerima BR1M dihidangkan dengan Ceramah, dan ucapan demi ucapa bagi meraih undi.
Semasa proses ceramah berlangsung, ada penerima wanita berumur lingkungan lewat 40an pengsan. Di sini aku lihat, suasana menjadi kelam kabut. Orang ramai berkerumun untuk melihat apa yang berlaku, ambulans dipanggil. Wanita berkenaan terpaksa dikejarkan dengan ambulans ke hospital. (Di sini perlu difikirkan, apa yang rakyat tafsir bila melihat suasana ini)
12.30 tengah hari : Beberapa minit sebelum pemberian BR1M, orang ramai mula merungut, lambat, suasana mula panas, ada yang mula kelaparan. Bagaimana pula yang ada membawa anak kecil, dan orang tua hatta OKU yang tidak mampu duduk lama. Ternyata hidangan Ceramah bukanlah menu yang enak buat mereka. Namun apa yang boleh buat, mereka terpaksa menunggu untuk menerima BR1M yang bernilai RM500. Terdapat juga cakap-cakap mulut yang menyatakan pemberian RM500 ini membuatkan orang UMNO membabit dada, kononnya orang ramai memerlukan mereka. Kadang-kadang mereka lupa, mereka yang amat perlukan suara rakyat bagi mereka terus berkuasa.
Lebih kurang 12.35 tengah hari. Awang Adek Hussin mendahului perberian BR1M. Sebelum Ketua Bahagian meneruskan pemberian. Pada mulanya suasana teratur. Orang ramai beratur dengan penuh sopan kerana didahului orang tua, OKU dan wanita. Suasana mula panas, dan orang sudah tidak tahan lagi menunggu, apabila tiba giliran orang lelaki yang ramai. Oleh kerana pemberinya hanya seorang yakni Ketua Bahagian, maka, barisan yang sepatutnya 1, menjadi bercabang 5. Suasana agak kelam kabut.
Jam 1.30 petang : Masih belum habis pemberian. Masih ada yang mendaftar dan tidak kurang masih ada yang beratur panjang untuk menerima.
TEGURAN : " Buat mereka yang bersongkok tinggi. Pemberiam BR1M merupakan peluang untuk mereka berjumpa secara bersemuka dengan rakyat. Gunakanlah peluang ini dengan bijak. Jangan sesekali bangga diri dan sombong. Kerana rakyat melihat dan mentafsir. Bagi penerima OKU dan orang tua terutama yang bertongkat, apalah salahnya asingkan mereka. Dicadangkan, terus bagi BR1M semasa pendaftaran disebelah pagi supaya mereka tidak perlu menunggu ataupun, paling mudah. Pergi hantar BR1M ke rumah mereka. Bawa press (MEDIA) sekali. Biar MEDIA angkat orang UMNO yang nak jadi calon sangat ni. Peluang ini akan membuka mata rakyat yang orang UMNO prihatin. Tapi jika paksa mereka yang kurang upaya ini untuk datang ke Dewan sekolah untuk mengambil BR1M, ianya menggambarkan bahawa, orang UMNO ini tidak prihatin dan rakyat akan mentafsir negatif."




1 comments:
slm. itu hanya di segelintir tempat yg sistemnya mungkin tidak teratur. cuba encik pergi ke beberapa tempat lain yg menjadi tempat pemberian BR1M, alhamdulilah. di tempat saya segalanya berjalan lancar. kami membahagi kepada 2 sesi pagi dan ptg jadi penerima tak perlu beratur panjang sgt, kami sediakan kerusi utk 100 org menunggu, malah warga oku & warga emas tak perlu berjalan jauh kerana kami menyediakan khidmat kerusi roda & jika mereka tidak mampu bangun kami uruskan semuanya mereka hanya duduk di dlm kereta. kami juga ada sesi berucap utk memulakan pemberian, tp tidaklah sampai berjam2. pada sebelah ptg dlm jam 3-4 ptg.penerima akan berkurangan dtg & mereka boleh terus berjln dgn lancar ke kaunter2 dan terus ke bank utk mengambil wang. tapi saya juga berterima kasih kepada pihak tuan, kerana kami juga memerlukan teguran utk memperbaiki kesilapan.
-hamba allah.
Post a Comment
Aku mengalu-alukan komen yang memberikan tumpuan kepada isu dan menggunakan bahasa yang baik; aku bagi ruang korang nak komen, komenla, aku tidak akan padam, tapi kalau nak tembak aku, korang letak nama atau nama blog atau email, ble?