Semalam ramai yang tertanya-tanya kenapa Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dibebaskan. Tidak kurang juga ada blogger yang nak berhenti blogging bila tidak dapat terima keputusan mahkamah. Ini lagi satu isu Negara ni.. Mengikut Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, DSAI didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Okay. Ramai yang tanya aku kenapa?
Firstly, DSAI dibebaskan kerana pihak pendakwaan tidak cukup bukti untuk mengaitkan DSAI sebagai pensodomi/pelaku. Walaupun DNA tu mengikut catatan dan kenyataan para expert dalam forensic science adalah kepunyaan DSAI, namun semasa pihak pembelaan membuktikan kes mereka, mereka telah dengan bijaknya menyerang pihak pendakwaan dengan mengatakan bahawa DNA tersebut tak tepat dan bukan kepunyaan DSAI. Pandai pihak pembelaan target on the technicalities. Kalau ikotkan kes pendakwaan, kenyataan Saiful pada asalnya boleh diterima pakai, sebab itulah Hakim memanggil DSAI membela diri sebab Saiful didapati seorang saksi yang credible. So, bila DSAI hadir membela diri, saksi2 dipihak DSAI pula menafikan yang DNA tersebut adalah DNA DSAI. Jadi, bila Hakim meneliti kedua-dua belah pihak punya evidence, Hakim lihat bahawa kenyataan Saiful dengan sample DNA itu menjadi tidak tepat. It's not corroborative (tidak menyokong). So, Hakim pun rasa yang Mahkamah tak boleh nak berpandukan hanya pada kenyataan SAiful yang dia telah diliwat semata-mata though he is a credible witness. Sebab, dalam law of evidence, the DNA evidence and the witness's testimony must be corroborative, this is what we called corroborative evidence. Bila didapati salah satunya tidak meyokong antara satu sama lain, maka finding yang diperolehi menjadi tidak tepat dan Court tak boleh rely on one side evidence only.
Then, orang tanya aku lagi, maknanya ada lah DNA DSAI kat situ? Wallhualam.. Kalau mengikut kenyataan pakar Forensik Pak Mid, memang itu adalah DNA DSAI. Sebab, DNA adalah sesuatu yang sukar untuk dihapuskan. Ni apa yang aku belajar dulu lah. Macam mana kau nak hapuskan DNA tu dengan air ke, tanah ke, still ianya tak goyah ditelan zaman.. Ceyhhh.. Akan tetapi, dalam kes ini pihak pendakwaan tidak berjaya membuktikan yang DNA tersebut adalah kepunyaan 100% DSAI punya, so Hakim menjadi ragu2 untuk mensabitkan kesalahan terhadap DSAI.. Mahkamah juga berasa ragu2 mengenai integriti DNA yang diperolehi di dalam dubur Saiful kerana terdapatnya isu yang mengatakan bahawa mungkin ianya telah dikompromi oleh sesetengah pihak.. So, the Court feel reluctant to rely solely on Saiful's testimony because the Court has doubt on the integrity of the DNA itself, i.e whether it has been compromised or not.
Dia macam ni tau: Kiah kena rogol, pastu Kiah buat report. Doktor cek kemaluan Kiah. Ada DNA seseorang yang bernama X. Abu ditangkap. DNA Abu di ambil dan dibandingkan dengan X. Jawapan positif. Tetapi, terdapat DNA yang tidak dikenali disitu kepunyaan Y. Pihak pembelaan pula fight on this issue. So, Hakim jadi gusar, macamana boleh ada DNA Y kat Kiah punya kemaluan. Jadi, bukti yang cuba ditonjolkan oleh pihak pendakwaan telah di rabak or dikoyak oleh pihak pembelaan. (break on the chain of evidence). Hasilnya, Hakim tidak boleh, mengikut undang2 menyabitkan salah ke atas Abu sebab DNA yang terdapat pada kemaluan Kiah tu uncertain.
So, itulah sebabnya DSAI dibebaskan.. Tapi, tapi. Bukan bebas selama-lamanya. Besar kemungkinan pihak pendakwaan akan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan,.. Normally it's like dat lah. Sama macam DSAI dalam kes beliau yg bertahun2 lepas yang mana beliau dituduh dan disabitkan salah atas pertuduhan meliwat bekas pemandunya. Selepas dipenjara selama 9tahun, DSAI membuat rayuan sehingga ke Mahkamah Persekutuan dan akhirnya dibebaskan kerana didapati beliau tidak bersalah. Now, kes yang sama berulang kembali, tapi nasib menyebelahi beliau kerana bukti tidak menyebelahi Saiful. Dan besar kemungkinan rayuan akan dibuat selepas PRU? Mungkin..(sumber)
Pembebasan Anwar ada baik dan buruknya. Kita bicara yang baiknya dulu. Pertamanya konfrem sekali Anwar tidak akan mendapat undi kesian dari pengundi terutama pengundi atas pagar yang mudah kesian jika melihat semua ahli keluarga anwar bertanding di parlimen bagi menegakkan hak anwar. Maka akan ramai lagilah ahli keluarga Anwar yang akan jadi ahli parlimen untuk membela Anwar di dewan rakyat bukan membela rakyat (contoh paling mudah KakJijah dan Nurul Izzah).
Kedua, kemungkinan besar dengan undi kesian dari pengundi atas pagar, Pakatan Rakyat akan menang. Dan jika PR menang, tentunya Anwar akan dikeluarkan semula. Maka pada ketika ini, Anwar Ibrahimlah Perdana Menteri (jika ikut janji PR jika mereka diberi mandat walaupun hakikatnya DAP lebih banyak bertanding dan menang banyak kerusi).
Ketiga, Anwar dijangka akan mengadakan roadtour ke seluruh negara selepas ini hasil dari kemenangannya di mahkamah. Namun, dia tiada modal untuk memperkatakan mahkamah negara kita rasuah. Jika hakim dirasuah, tak akanla Anwar boleh BEBAS.
Kita lihat pula BURUKNYA. Buruknya adalah, Anwar akan memperkatakan bahawa, "Tengok, dah terbukti tuduhan selama ini terhadap dirinya adalah satu konspirasi jahat UMNO BN. UMNO GAGAL BELI HAKIM. TERBUKTI HAKIM NEGARA BERJAYA MENEGAK KEADILAN TERHADAPNYA".
Apapun biarlah rakyat yang fikir semuanya. Yang penting jangan terus percaya. Terutama kepada orang yang bijak bersandiwara. Selagi hajatnya untuk menjadi PM belum tercapai. Janji boleh janji. Namun jangan kita lupa, TUNAIKAN JANJI ADALAH PERKARA YANG PALING SUKAR. RENUNG-RENUNGKAN...
Post a Comment