Apa Kata Pemimpin Pakatan Bila 22 tahun dah Memimpin Kelantan


Nik Abdul Aziz Nik:

Tuhan mencipta manusia dengan berbagai-bagai kaum dan bangsa.

Semua manusia ialah anak cucu kepada nabi Adam.

Nabi tidak pernah menyeru kaum aku, sebaliknya menyeru ‘ummati’ iaitu seluruh umat manusia untuk melakukan kebaikan.

Kumpulan yang jahil sahaja menerima ajaran barat untuk memisah-misahkan bidang duniawi dan bidang kerohanian.

Pemimpin PAS tahu hubungan antara manusia dengan Tuhan serta mengikut al-Quran.

PAS bertindak di landasan yang betul mengikut syariat kerana diajar bahawa segala perbuatan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan di hari akhirat. Manakala Umno secara jelas menolak Islam.


Datuk Seri Abdul Hadi Awang:

Pada 22 Oktober 1990, gabungan PAS bersama Semangat 46, Berjasa dan Hamim berjaya menumbangkan Umno dan BN dengan 39 – 0 di Kelantan.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipaksa menjadi Menteri Besar Kelantan ketika terbentuknya kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah.

Beliau pada awalnya tidak mahu dan meminta dicari pemimpin lain. Bagaimanapun jawatankuasa PAS Pusat berkeras memaksa supaya beliau menerima juga jawatan Menteri Besar. 

Ini cukup penting bagi melakar satu sejarah baru buat PAS, dan ia terbukti berjaya sekarang.
Tahniah PAS di Kelantan kerana berjaya mempertahankan kerajaan negeri Kelantan sehingga melewati tahun ke-22 sekarang.

Kerajaan Kelantan yang diketuai PAS berjaya menempuh pelbagai halangan dan sekatan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri.

Kelantan menjadi perintis perubahan politik di negeri-negeri lain mesti dipertahankan.

Adalah tanggungjawab rakyat Kelantan terus mempertahankan negeri Kelantan ketika Pakatan Pembangkang sedang mara ke Putrajaya.


Lim Kiat Siang:

MCA dan UMNO seolah-olah ada perjanjian sulit untuk menghadapi PRU 13 di mana MCA menakut-nakutkan kaum Cina dengan hudud, manakala UMNO memfitnah DAP mahu mendirikan negara Kristian dan negara Republik tanpa Agong.

DAP tidak pernah berhasrat untuk menjadikan Malaysia negara Kristian atau republik.

DAP akan akur kepada perkara-perkara dalam perlembagaan Malaysia dan menjunjung perlembagaan Malaysia.

UMNO/BN tahu PRU 13 akan menentukan hidup mati mereka, mereka perlu bertanggungjawab dan beretika agar tidak merosakkan muhibah dan perpaduan kaum.

CERAMAH DR. MUHD NUR MANUTY:

Tanda-tanda kemenangan semakin jelas berasaskan panduan Tuhan dan nas-nas yang jelas, Pakatan Rakyat akan menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti.

Pemerintahan Pakatan Rakyat akan berasaskan integriti, bersih, bermoral, berfalsafah serasi dengan Islam.

Kes NFC melibatkan penyelewengan wang rakyat 90 juta, Ketua Wanita UMNO- Shahrizat  menyelak kain ajak orang bertumbuk dalam mahkamah.

Banyak fitnah dilontar untuk menjatuhkan kerajaan Selangor.

Hari pertama PR menawan Putrajaya, akan disalurkan RM10 bilion kepada kerajaan negeri Kelantan.

UMNO mengkhianati orang Melayu dan Islam. Rakyat di Kelantan menjadi mangsa dan dizalimi UMNO.

Kerajaan yang paling miskin ialah Sabah walaupun 49 tahun diperintah BN.

Rasuah paling banyak berlakunya di Malaysia,  rasuah di kalangan orang politik, pentadbir awam, golongan profesional dan lain-lain di Malaysia amat tinggi.

Musibah demi musibah dijatuhkan tuhan ke atas UMNO. Satu Parlimen ada 8 pemimpin UMNO berebut nak jadi calon.

UMNO sudah busuk daripada atas sampai ke akar umbi cawangan-cawangan di seluruh negara.

UMNO amat terdesak, berlaku macam-macam seperti samseng-samseng parti memijak-mijak kepada lembu di tempat awam, berlaku peristiwa gereja dibakar dan  masjid dilontar kepala babi untuk menghuru-harakan negara.

PKR, PAS dan DAP sanggup bergabung dalam Pakatan Rakyat kerana mahu menegakkan keadilan di samping menghormati pegangan ideologi politik parti masing-masing.

Pakatan Rakyat akan adil kepada semua kaum berasaskan perkara-perkara dalam perlembagaan Malaysia dan menghormati bahasa ibunda kaum masing-masing yang tidak dilakukan oleh UMNO.

Ketua Audit Negara memuji Majlis Agama Islam Pulau Pinang terdapat tadbir urus yang baik. Majlis Agama Islam di era UMNO hanya dapat peruntukan RM22 juta, Lim Guan Eng beri RM66 juta.

Nizar memerintah Perak, sekolah Cina dapat banyak bantuan, sekolah agama rakyat juga diberi bantuan.

Pakatan Rakyat boleh merampas balik Perak kerana sokongan Cina >80%, sokongan India >65% dan sokongan Melayu >45% di negeri Perak sekali gus mara ke Putrajaya pada PRU 13 nanti.

Apa Kata Aku :
Apa yang PAS buat selama 22 tahun memimpin Kelantan tidak pula disebut. Bagitahula berapa banyak masjid telah dibina, berapa ramai ustaz dan ustazah telah diasuh sempurna, berapa ramai yang telah mendapat hasil disebalik perlaksanaan LADANG RAKYAT, setakat mana janji PAS ditunaikan, Lebuhraya Rakyat di fasa ke berapa dah, air seluruh negeri kelantan jenih dan kuat jer dan banyak lagi boleh diulas mengenai kejayaan PAS dalam menerajui Kelantan, kenapa langsung tak disebut?

Post a Comment