PEMBANGUNAN KELANTAN oleh KERAJAAN PAS


Berikut adalah Laporan Ketua Audit Negara 2011 Mengenai Hasil Audit Di Kelantan.

Projek Lembah sireh diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 19 Jun 2002 dan perjanjian di antara kerajaan Pas Kelantan dengan syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd itu ditandatangani pada Julai 2003.

Antara kandungan perjanjian tersebut ialah kerajaan negeri bersetuju menyerahkan kira-kira 1,000 ekar secara pajakan selama 99 tahun tanah kepada syarikat dan sebagai balasan Liziz Standaco akan memberikan sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal kepada kerajaan Pas Kelantan yang bernilai lebih RM350 juta.

Sehingga bulan November 2011, kerajaan Pas Kelantan telah menyerahkan tanah seluas 716.8 ekar kepada Liziz. Bagaimanapun sehingga hari ini pulangan dalam bentuk kewangan dan fizikal tidak ada satu pun dilaksanakan oleh syarikat.

Berikut adalah komponen sumbangan yang harus diberikan oleh syarikat kepada kerajaan Pas Kelantan:

i.          Sebuah masjid bernilai RM20 juta.

ii.         Sebuah jambatan baru (Kampung Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta.

iii.        Sebuah jambatan berkembar (Jambatan Sultan Yahya Petra) atau gantian           wang tunai setara kos semasa yang akan ditentukan oleh JKR.

iv.        Sebuah stadium tertutup wanita berniali RM25 juta.

v.         Tabungan untuk Skim Perumahan Kos Rendah bernilai RM15 juta.

vi.        Menyediakan tanah seluas 25 ekar di sebelah kiri dan kanan Jambatan    Sultan Yahya Petra.

vii.       Sumbangan sagu hati dan gerai kepada petani.

viii.      Lain-lain sumbangan selain daripada di atas.

Daripada audit yang dilaksanakan, Laporan Ketua Audit Negara 2011 menemui beberapa kelemahan projek tersebut, di antaranya ialah:

1.    Syarikat gagal memberikan sumbangan kepada Kerajaan Pas Kelantan seperti mana dalam perjanjian.

2.    Kemajuan projek tidak mengikut jadual pelaksanaan.

3.    Pindah milik tanah dibuat kepada syarikat dan sebahagian tanah dicagarkan kepada bank.

4.    Bon jaminan pelaksanaan tidak diseragkan oleh syarikat.

5.    Perancangan yang bergantung sepenuhnya kepada syarikat serta tiada kajian terperinci dan penilaian projek.

Lebih malang lagi, laporan itu juga mendapati tanah tersebut diserahkan dengan nilai di bawah daripada harga pasaran – harga terlalu rendah.

Nilai sebenar tanah untuk 716.81 ialah RM657,029,637 tetapi pulangan yang diperoleh dalam bentuk kewangan dan fizikal ialah RM318,288,564 (hanya RM48 juta telah diserahkan kepada kerajaan negeri iaitu RM41 juta dalam bentuk tanah seluas 11.77 ekar, sumbangan perumahan kos rendah RM3 juta dan sumbangan kepada petani RM1.68 juta).

Berdasarkan perjanjian, kesemua perkara tersebut harus dilaksanakan sebelum 2015 tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang tanda-tanda bahawa ia akan dilaksanakan.

Inilah contoh negeri berkebajikan yang dilaungkan oleh Pas. Kesimpulannya, inilah hasil sumbangan daripada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sentiasa tak tahu.

Post a Comment